disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 28 Februari 2024

KEMPEN INFAQ PADA SETIAP HARI JUMAAT

 

Berinfaq atau bersedekah merupakan salah satu amalan soleh dan jalan untuk mendapatkan kelebihan yang banyak di dunia dan akhirat.

Infaq kepada institusi pengajian yang aktif menyebarkan ilmu seperti Madrasah , Pondok atau mana² pusat pengajian yang aktif menghasilkan pahala jariah ( pahala yang mengalir ) kepada orang yang menginfaq kerana di sanalah menjadi tempat manusia membaiki diri selain lahirnya para pendakwah yang menyebarkan ilmu agama . Berkat dari dana yang disalurkan , aktiviti menyemai jiwa - jiwa yang bersih melalui didikan agama dapat diteruskan dengan baik .


Disebutkan satu athar:

عن كعب ، قال : الصدقة تضاعف يوم الجمعة - أو كما قال

Dari Kaab ( Al Ahbar ) , ia berkata : "Sedekah akan dilipatgandakan ( ganjaran ) pada hari jumaat ."

Riwayat Ibnu Abi Syaibah no. 5556 , Abu Ubaid dalam Al Amwal no. 919 , Abu Nu'aim dalam Hilyah Al Auliya' . Sanad hadis ini sahih sampai kepada Kaab.


Bersedekahlah Supaya Hidup Jadi Bahagia Dan Berkah:

  1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT,
  2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang,
  3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi api neraka jahanam,
  4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur,
  5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut,
  6. Sedekah mampu mensucikan ruh dan menambah pahala kebaikan,
  7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT,
  8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat kita sengsara disebabkan masa lampau kita,
  9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa yang telah dibuat,
  10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada kita,
  11. Orang yang memberi sedekah ialah orang yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT,
  12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Syaa Allah,
  13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang yang disayang oleh masyarakat
  14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia,
  15. Sedekah mampu melepaskan kita drpd kesusahan dan doa² akan dimakbulkan Allah SWT In Syaa Allah,
  16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia,
  17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup,
  18. Sedekah adalah obat,
  19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas &
  20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang atau burung-burung.

Semoga bermanfaat


Pautan: Madrasah Ahmadiah Pondok Bunut Payong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.