(Dari Mimbar Jumaat, Kelantan 27.12.2024)
Takrifan: Muhasabah diri ialah penilaian diri terhadap segala perbuatan, sikap dan amalan yang telah dilakukan.
Tujuan: Mengenal pasti kelemahan diri, memperbaiki kesilapan dan berazam untuk tidak mengulanginya. Ia disertai usaha memperbaiki akhlak dan amalan (demi mencapai tahap iman dan taqwa yang lebih baik).
Faedah:
■ Mengenali kesalahan yang dilakukan dan menyesalinya (lalu
bertaubat, kembali ke jalan diredhai Allah, perbaiki amalan dan tingkatkan
kualiti ibadah).
■ Membantu mendekatkan diri kepada Allah serta mencari
keredhaanNya dalam setiap amalan dan perbuatan.
■ Menyedari kewujudan sifat buruk seperti riak, sombong dan
hasad dalam diri.
■ Menanam sifat-sifat terpuji seperti ikhlas dan sabar.
■ Memperbaharui iman, menguatkan rasa taqwa dan
meningkatkan kesedaran spiritual (lebih insaf bahawa Allah sentiasa melihat
segala amal perbuatan).
Muhasabah harian:
- Muhasabah harian adalah cara membersihkan hati daripada dosa dan kelemahan diri,
- Mengelak terperangkap dalam kelalaian dan memastikan amalan selari dengan perintah Allah.
- Ia juga merupakan jalan menuju peningkatan iman,
- Mengelak mengulangi kesalahan yang sama,
- Meningkatkan keikhlasan dalam ibadah dan perbuatan seharian.
Beberapa langkah muhasabah diri:
- Akui kesalahan dan terima kelemahan.
- Kenal pasti dan sesali dosa yang dilakukan.
- Taubat bersungguh-sungguh (taubat nasuha).
- Doa dan mohon keampunan Allah.
- Tekad untuk memperbaiki diri.
- Nilai amalan harian (sebelum tidur).
- Pantau kemajuan diri secara berkala.
"Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab."
(Umar
al-Khattab)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.