disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 8 Disember 2024

Jom Ke Masjid!

Solat berjemaah bagi kaum lelaki adalah di masjid dan merupakan suatu perkara yang dituntut di sisi syarak. Terdapat banyak nas yang menunjukkan kepada anjuran perbuatan tersebut. Antaranya sabda Rasulullah saw:

مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يَأْتِهِ فَلاَ صَلاَةَ لَهُ إِلاَّ مِنْ عُذْرٍ

Maksudnya:

"Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran" 

(HR Ibnu Majah)


 



Alangkah beruntungnya mereka yang menjadikan solat secara berjemaah ini sebagai amalan harian: 

1. Pahala sahut seruan azan

2. Pahala melangkah ke masjid

3. Pahala masuk masjid.

4. Pahala melangkah kaki kanan ke dalam masjid

5. Pahala doa masuk masjid

6. Pahala solat tahiyyatul masjid

7. Pahala i'tikaf

8. Pahala solat berjamaah

9. Pahala takbiratul ihram bersama imam

10. Pahala Aamiin bersama imam

11. Pahala rapat/luruskan saf

12. Pahala solat di saf hadapan

13. Pahala dengar tilawah quran

14. Pahala hubung silaturrahim

15. Pahala duduk dalam majlis zikir

16. Pahala duduk dalam majlis ilmu

17. Pahala jadi makmum

18. Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.

19. Pahala bersalaman dgn kwn2 ahli jamaah

20. Pahala menuntut ilmu

21. Pahala nasihat menasihati

22. Pahala bersihkan masjid (sambil mengutip benang/sampah kecil di atas sejadah)

23. Pahala mendengar bacaan Al Quran melalui bacaan imam.

24. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa

25. Pahala menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w

26. Pahala menghidupkan syiar agama Islam

27. Pahala doa keluar masjid dan dengan langkah kiri.

28. Pahala infaq/derma kat tabung masjid.

29. Setiap benda  yg berbekas semasa  pergi dan balik masjid akan jadi saksi di  akhirat, cthnya tapak kasut/selipar, tayar  kenderaan, debu/ rumput yg dipijak.  (Rujuk surah yaasin ayat 12)

30. Menyulitkan syaitan utk melakukan godaan atas sebab solat berjemaah.

 

Rebutlah peluang ini sementara kita masih sihat dan masih bernyawa. Hayatilah firman Allah dalam Surah al-Hadid ayat 20:

 

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

 

Maksudnya: 

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Surah al-Hadid (20)


Justeru itu, ke manakah kita akan bawa baki usia kita yang masih ada ini?

Kematian kita semakin dekat dimana akan bermulalah perjalanan ke negeri akhirat. 

Adakah bekalan sudah mencukupi???

Bertekadlah untuk melakukan suruhan Allah SWT agar dapat menjadi hamba yang diredai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.