disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 15 Mei 2011

Terapi Untuk Memperolehi Ketenangan

Tanya diri Anda, apa yang Anda boleh lakukan untuk menyenangkan orang lain?.
Tanya diri Anda, apa yang Anda boleh bantu untuk meringankan beban orang lain?
Apabila Anda dapat memfokuskan fikiran pada usaha membantu orang lain tanpa mengharap balasan, hati akan gembira tenang. Anda akan lebih bersemangat apabila ada orang mengucapkan terima kasih pada Anda, atas pertolongan Anda.
Satu cara yang baik sebagai terapi dalaman untuk mengubah diri kita adalah dengan menjadi orang yang suka menolong orang lain. Tolong beri pendapat, buah fikiran, tenaga atau apa jua cara yang  sesuai dengan kemampuan anda dan tak semestinya pertolongan  dalam bentuk wang ringgit.
Jika Anda sedang dilanda masalah dan Anda cukup tertekan dek memikirkan masalah itu, cari orang lain yang juga bermasalah lalu bantulah dia. Kelak Anda akan menemui kekuatan ketika dalam proses membantu meringankan beban emosi orang yang Anda bantu itu.
Prinsipnya mudah. Anda berikan sesuatu, Anda akan merasai kesannya di dalam jiwa.
Apabila kita berikan sesuatu sebagai pertolongan, kita akan merasa yang kita ini ada tujuan hidup. Kita nampak apa fungsi kita dalam kehidupan bermasyarakat.
Kita boleh memperbaiki diri kita melalui perbuatan, dengan syarat perbuatan kita kena selari dengan hati kita iaitu keikhlasan. Renungilah bait-bait dibawah:


Pada yang empunya harta melimpah
hulurkanlah zakat dan sedekah

Pada yang sihat dan kuat
berilah tenaga dan keringat

Pada yang berbakat dan cendekiawan
pemurahlah dengan hikmah dan pengajaran

Pada yang miskin dan kesempitan
bersedekahlah dengan senyuman

Semua kita harus pemurah
memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Allah

Semuga kita mendapat barakah
Firman Allah:
"Kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian
(yang sempurna), sebelum kamu dermakan sebahagian daripada yang kamu sayangi.
Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui"
(Ali Imran: 92)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.