Rukun Solat Jenazah
1. Berdiri tegak bagi yang mampu.
2. Niat semasa takbiratul ihram.
3. Bertakbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
4. Membaca surah al-fatihah selepas takbiratul ihram
5. Membaca selawat ke atas nabi Muhammad SAW selepas takbir kedua.
6. Berdoa untuk jenazah selepas takbir ketiga.
7. Memberi salam selepas takbir keempat.
Solat jenazah ada 4 takbir sahaja dan tidak ada rukuk mahupun sujud.
1. Takbiratul ihram beserta NIAT:
Takbiratul ihram الله أكبر beserta niat seperti berikut.
Niat bagi jenazah lelaki:
"Sahaja aku bersolat ke atas jenazah lelaki ini 4 takbir sebagai makmum kerana Allah Taala".
أُصَلّىِ عَلَى هَذَا المَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ فَرْضَ الكِفَايَةِ مَأْمُومًا للهِ تَعَالَى
Niat bagi jenazah perempuan:
"Sahaja aku bersolat keatas jenazah perempuan ini 4 takbir sebagai makmum kerana Allah Taala".أُصَلّىِ عَلَى هَذِهِ المَيِّتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ فَرْضَ الكِفَايَةِ مَأْمُومًا للهِ تَعَالَى
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَلَمِينَ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ
اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
3. Takbir ketiga baca DOA ke atas mayat tersebut:
Doa untuk jenazah lelaki:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُDoa untuk jenazah perempuan:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
4. Selepas takbir keempat disunatkan membaca doa berikut:
Doa bagi jenazah laki-laki:
اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ
Doa bagi jenazah perempuan:
اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهَا وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ
5. Selepas membaca doa tadi, beri SALAM :
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
KEDUDUKAN SOLAT JENAZAH
Bagi jenazah lelaki:-
- Diletakkan melintang ke kiblat
- Disunatkan meletakkan kepala jenazah ke sebelah kiri dan kakinya ke sebelah kanan.
- Imam berdiri dekat kepala jenazah
Bagi jenazah perempuan:-
- Diletakkan melintang ke kiblat
- Disunatkan meletakkan kepala jenazah ke sebelah kanan dan kakinya ke kiri
- Imam berdiri di tengah badan jenazah.
****Di Malaysia JAKIM menfatwakan bahawa kepala mayat lelaki adalah disebelah kiri imam ketika solat jenazah. Manakala Dr Wahbah Az- Zuhaily menyebut dalam kitabnya Al-Fiqhu Al-Islami wa Adillatuhu, posisi kepala mayat samaada lelaki atau perempuan adalah di sebelah kanan imam.
****Di Malaysia JAKIM menfatwakan bahawa kepala mayat lelaki adalah disebelah kiri imam ketika solat jenazah. Manakala Dr Wahbah Az- Zuhaily menyebut dalam kitabnya Al-Fiqhu Al-Islami wa Adillatuhu, posisi kepala mayat samaada lelaki atau perempuan adalah di sebelah kanan imam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.