disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 24 Mei 2013

Soalan Saudara Kristian Kepada Dr. Zakir Naik



Zakir Naik Abdul Karim lahir pada 18 Oktober, 1965 di Bombay (Mumbai). Beliau adalah seorang doktor perubatan, memperolehi Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari University of Mumbai. Sejak 1991 beliau telah menjadi seorang ulama yang terlibat sepenuh masa dalam bidang dakwah Islam dan perbandingan agama.

Menurut Dr Zakir Naik, beliau menceburi bidang dakwah apabila menyedari ramai dari kalangan remaja muslim yang berpendidikan mulai meragukan agamanya sendiri, merasa agamanya telah ketinggalan zaman, dan kurang cakna terhadap agamanya sendiri. Beliau sedar ini adalah tugasnya sebagai seorang muslim untuk menghilangkan kecelaruan mereka tentang Islam. Malah apa yang paling penting baginya adalah untuk menangkis niat jahat musuh islam melalui media barat terutama selepas serangan  11 September 2001 keatas Amerika Syarikat.

Dr Zakir Naik menjadi terkenal dan dijemput keserata dunia sebagai hos dalam berbagai program keagamaan dan mendapat liputan yang meluas. Pendapat-pendapat beliau sungguh mencengangkan orang ramai, bahkan beliau dengan tenang mampu mengalahkan lawan debatnya di beberapa forum keagamaan sampai boleh mendapat tepukan yang gemuruh dari penonton. Ini disebabkan hujah-hujah yang beliau gunakan sungguh tepat dan dapat di terima oleh akal yang waras.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.