doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 31 Mac 2014

~ Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah (Zina) ~

Dalam hukuman zina ini, mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak 'tazkiyah al-syuhud' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman 'hadd' seperti jika dia Muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam.

Jika dia Ghairu Muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun dan mana-mana orang yang cuba melakukan zina atau cuba untuk menyebabkan berlakunya zina adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan jika dia Muhshan dikenakan suatu denda tidak melebihi BND14,000 dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan disebat tidak melebihi 20 sebatan atau jika dia Ghairu Muhshan, dikenakan suatu denda tidak melebihi BND8,000 dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali dan disebat tidak melebihi 10 sebatan.

Manakala jika seorang suami yang menuduh isterinya melakukan zina dan dia atau isterinya enggan melakukan 'li'an' setelah diperintahkan oleh mahkamah untuk ber'li'an', suami atau isteri tersebut hendaklah dipenjarakan sehingga suami bersetuju untuk melakukan 'li'an' atau dikenakan hukuman 'had' kerana
melakukan Qazaf atau isteri bersetuju untuk melakukan 'li'an' atau menerima tuduhan zina yang dibuat oleh suaminya dan jika isteri menerima tuduhan suaminya, dia adalah melakukan kesalahan zina dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman 'had' kerana melakukan zina.

Bagi maksud bab ini dan Bab 95, 'li'an' bermakna suatu tuduhan zina secara bersumpah menurut Hukum Syara' yang dibuat oleh seorang suami terhadap isterinya, manakala isterinya pula dengan bersumpah menurut Hukum Syara' menolak tuduhan itu dan tuduhan dan penolakan itu adalah dibuat di hadapan mahkamah.

> Note:
MUHSHAN: ertinya lelaki atau perempuan itu telah berkahwin atau pernah berkahwin dengan akad yang sah dan telah melakukan persetubuhan.

GHAIRU MUHSHAN: lelaki atau perempuan yang belum pernah berkahwin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan