doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 1 Mei 2014

Pelaksanaan Hukum Hudud di Brunei



Firman Allah SWT dalam Surah Muhammad ayat 7:


Yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu".


Tahniah buat kerajaan dan rakyat Brunei Darussalam kerana melaksanakan Syariat Islam atau Penguatkuasaan hukuman HUDUD.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan Penguatkuasaan Hukum Hudud di negara tersebut bermula pada hari khamis 01 Rejab 1435 Hijriah yang bersamaan dengan 01 Mei 2014 Masehi. Undang-undang (Kod Penal Syariah) yang diwartakan hari ini antaranya ialah melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Negara yang kaya dengan sumber minyak itu mempunyai bilangan penduduk seramai 416,000 orang, 67% daripada mereka beragama Islam dan selebihnya Buddha (13%), Kristian (10%) dan agama lain (10%).

Semoga negara, pemerintah dan rakyatnya terus maju, aman, makmur dan sentiasa dirahmati ALLAH.

Bagaimana pula dengan negara kita, Malaysia?

Sama-samalah kita berdoa kehadhrat illahi agar Malaysia juga akan mengikut jejak Brunei suatu hari nanti. InsyaAllah.الله أكبر

Kredit Video: The Brunei Times

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan