disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 24 Julai 2016

Kembalinya Kerahmatullah Tuan Guru Hj Salleh bin Musa, Tokoh Ulama Tauhid Di Alam Melayu.


TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH TUAN GURU HAJI SALLEH BIN MUSA, MUDIR MADRASAH AR-RAHMANIAH / PONDOK TUAN GURU HAJI SALLEH BIN MUSA PADA 22 JULAI 2016 BERSAMAAN 18 SYAWAL 1437 JAM 8.15 MALAM

           









Kita kehilangan sebutir lagi permata paling bernilai dalam dunia melayu…seorang Murabbi yang alim serta soleh dan ketiadaannya suatu kehilangan besar yang sukar dicari ganti...Satu demi satu ulama meninggalkan kita di akhir zaman ini..

Nama: Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir: 08/02/1929 08.12.1929
Ayah: Tuan Guru Haji Musa bin Salleh
Ibu: Khatijah bt Md Saad Mehamad
Tempat lahir: Pekan Sik Kedah 
Bil Adik beradik: Anak ke 3 dari 8 orang adik beradik

Pendidikan:
1. Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tuan Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tuan Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)
2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah
3. Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy
4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .

Berkahwin dengan Hjh Hatiah bt Hanafi, mendapat 2 orang cahaya mata semasa belajar di Makkah. Tuan Guru memperolehi 11 orang cahaya mata semuanya.
Setelah isterinya meninggal, Tuan Guru berkahwin pula dengan Hjh Sofiah bt Hj Awang. Pada t
ahun 1964 Tuan Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik, Kedah. Tuan Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang. Kini Tuan Guru dibantu oleh anak beliau Syeikh Muslim sebagai Timbalan Mudir. Tuan Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negeri Kedah Darul Aman.

KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009,

Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato' Seri Di-Raja Ust Azizan Abd Razak menganugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah. 

Tahun 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik.

Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid dan alim dalam ilmu Turath di alam melayu sekarang, ramai pelajar-pelajar pondok seluruh Malaysia dan juga dari negara Thailand akan berkumpul di Pondok Tuan Guru Hj Salleh pada setiap bulan ramadhan untuk mengikuti Kuliah Daurah Ramadhan dengan Tuan Guru Haji. Salleh.

Foto lautan manusia yang menyayangi, mengasihi ilmu dan nasihatnya datang membanjiri Surau Madrasah Ar Rahmaniah, Pondok Tuan Guru Haji Salleh Seberang Pekan Sik, untuk turut serta solat jenazah dan juga mengiringi perjalanan akhir Almarhum Tuan Guru Haji Salleh. Moga Allah ampunkan segala dosa dan terima segala amalan kebajikan Tuan Guru Haji Salleh:















Apabila mati seorang alim, Allah SWT mengangkat daripada umat manusia ilmuNya, hilanglah sinar yang memancar mencerahkan kegelapan manusia. ilmu yang diajari dan disampaikan kepada orang lain sambung menyambung akan memberi manafaat dan kebajikan secara berterusan seperti sungai yang terus mengalir tidak terputus dengannya walaupun Almarhum kini berada di alam kubur.

Ya Allah.. peliharalah kami semua dari kejahilan yg melampau..kami dapat saksikan Ya Allah.. seorang demi seorang ulama dimatikan...
Semoga kau kuatkan semangat dan tawajjuhkan ulama-ulama yang tinggal untuk terus istiqomah memimpin kami ke jalan yg diredhai mu Ya Allah..Amiin.

Sumber: Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.