disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 3 November 2018

SABAR BILA DIBEBEL


Sebenarnya bebelan isteri ialah suatu ujian daripada Allah. Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali رحمه الله berkata dalam kitabnya yang agung, Ihya' 'Ulum al-Din:

.الصبر على لسان النساء مما يمتحن به الأولياء

"Sabar di atas lidah para wanita (isteri) adalah di antara ujian yang dikenakan kepada para wali".

Ini kerana kadang kala seorang wali itu boleh bertahan dengan ujian-ujian lain seperti ujian harta, makanan, pakaian, kemasyhuran, kemiskinan, hiburan, penyakit, karenah jiran tetangga dan lain-lain. Maka jika mereka ditimpa dengan ujian-ujian tersebut kemungkinan ia tidak memberikan kesan kepada wali tersebut kerana dia sudah lali dengan ujian-ujian tersebut. Namun Allah pasti akan uji manusia walaupun dia seorang wali. Justeru, salah satu medium untuk seorang wali itu diuji (untuk menaikkan lagi makamnya) ialah melalui lidah para isteri. Maka ketika itu siapa yang dapat bertahan, pastinya darjatnya ditinggikan oleh Allah .عز وجل 

Para isteri di luar sana dah bebel suami ke belum hari ni?????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.