disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 31 Mei 2019

Saham Wakaf Pembangunan Pondok Bunut Payong @ RM10 Seunit.


Saham Wakaf ialah sumbangan wakaf yang diberikan dalam bentuk satu unit saham wakaf bernilai RM10.00 dibawah pengendalian Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).  Unit-unit saham tadi dikumpulkan di dalam satu tabung wakaf dan ditukarkan menjadi harta kekal yang mana manfaatnya digunakan untuk aktiviti kebajikan dan amal jariah. 

 Tujuan Pembangunan 

Membangunkan semula pusat pengajian pondok terbesar dan tertua di Negeri Kelantan dengan membina asrama untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Sullamiah.

Pembangunan & Fasiliti
  • Dua (2) buah bangunan asrama 4 tingkat yang dapat menempatkan 500 orang pelajar lelaki dan perempuan. 
  • Dua (2) unit rumah penjaga / warden asrama 
  • Dewan serbaguna Pejabat asrama 
  • Tujuh (7) unit Pondok Ibadah Ruang riadah (gelanggang badminton) 

Kos pembangunan Pondok Bunut Payong dianggarkan RM5.6 juta. Derma atau sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Majlis Agama Islam Kelantan, nombor akaun: 03-018-01-016270-3 (Bank Islam Malaysia Berhad) 

Lokasi Projek Lot 3388, Kampung Bunut Payong Kota Bharu dalam sebidang tanah yang berkeluasan 1.883 ekar (0.7624).

Semoga sumbangan dan infaq Tuan/Puan/Dato'/Datin mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT.... InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.