disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 3 Februari 2023

PERMOHONAN GURU TAKMIR KELANTAN - TARIKH TUTUP PADA 28 FEBRUARI 2023

 
Klik👆


KELAS PENGAJIAN TAKMIR

PENGENALAN:

Bermula 2001, Unit Takmir diwujudkan di Bahagian Agama MAIK dengan penempatan Pegawai Penyelaras Takmir dan Pembantu Takmir serta 10 Penyelaras Pentadbiran Masjid Jajahan di bawah pengurusan MAIK. Unit ini berperanan menyelia program takmir di masjid dan surau serta tempat-tempat tertentu yang dibenarkan MAIK dengan peruntukan kewangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bermula pada tahun 1985.

Seramai 267 orang guru takmir dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang sentiasa memberikan komitmen terhadap pengendalian kelas-kelas takmir sebagaimana yang dijadualkan.


CARA UNTUK MEMOHON:

Berikut adalah cara-cara memohon untuk menjadi Guru Takmir :

  1. Jawatan Guru Takmir di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terbuka kepada para ilmuan agama yang berminat.
  2. Borang permohonan guru takmir boleh diambil melalui Penyelaras Pentadbiran Masjid Jajahan (PPMJ) lantikan Jakim yang bertugas di Masjid Jajahan.
  3. Calon-calon yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan guru takmir melalui pautan Sistem e-Takmir dan menghantar borang yang diisi ke masjid jajahan.


SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON:

Berikut ialah syarat-syarat memohon untuk menjadi Guru Takmir:

  • Berumur 21 tahun dan tidak melebihi 69 tahun.
  • Mempunyai Tauliah Mengajar Agama MAIK (Halaqat)
  • Status terkini bukan Guru Agama Lantikan MAIK atau Guru Halaqat Lantikan JAHEAIK.
  • Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
  • Sesi temu duga akan diadakan apabila terdapat kekosongan.


Sumber: MAIK




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.