Bulan Oktober setiap tahun adalah Bulan Kesedaran Kanser
Payudara Sedunia yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang
ramai selain mendidik dan menyokong mereka yang menghidap penyakit ini.
Kanser payudara masih menjadi pembunuh utama wanita di
dunia yang dengan kemajuan teknologi boleh dirawat 100 peratus sekiranya
pesakit mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Pengesanan awal dapat
menyelamatkan nyawa.
Tanda kanser payudara mungkin berbeza bergantung kepada
individu. Kadangkala, kanser payudara tidak akan menunjukkan sebarang simptom
hinggalah pesakit diagnosis dengan kanser pada tahap 3 atau 4. Tanda-tanda juga
mungkin berbeza mengikut jenis kanser payudara dan sejauh mana kanser telah
merebak.
Antara simptom atau tanda kanser payudara adalah seperti berikut :
- Ketulan pada payudara atau rasa tidak selesa pada tisu sekelilingnya
- Perubahan pada saiz, bentuk atau penampilan payudara
- Perubahan pada kulit payudara
- Puting payudara terbalik ke dalam daripada menghala ke luar
- Kulit payudara mengelupas, kerak di kawasan kulit berpigmen
- Kelihatan bintik kemerahan pada kulit payudara
Segala tanda ini boleh dilihat atau dirasai sendiri
terhadap kesihatan payudara.
Pemeriksaan payudara dalam skala yang kerap dapat membantu memantau jika terdapat sebarang tanda-tanda kanser berkenaan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kanser payudara, segeralah mendapatkan nasihat dari pegawai perubatan yang bertauliah dengan menghubungi:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.