disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 24 November 2023

TH Khairat - Manfaat Untuk Diri Dan Yang Tersayang.

             

TH Khairat merupakan pelan sukarela yang menawarkan perlindungan Takaful asas sebanyak RM12,000 terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh dengan langganan tahunan serendah RM28. Perlindungan ini akan memberi bantuan kewangan kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian ke atas pendeposit. Sebahagian darinya iaitu RM2,000 boleh dijadikan sumbangan (Infaq) bagi pihak si mati kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh Pengendali Takaful.


Soalan Lazim - TH Khairat:

1.  Apa itu TH Khairat?

TH Khairat merupakan pelan perlindungan Takaful yang menawarkan bantuan kewangan kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh kepada pendeposit.

 

2.  Siapakah yang boleh mendaftar untuk TH Khairat dan berapakah had umur kelayakan? 

TH Khairat terbuka kepada semua pendeposit TH sahaja yang berumur 30 hari sehingga 65 tahun (ulang tahun kelahiran seterusnya):

  • 18 tahun dan ke atas. Pendeposit boleh mendaftarkan untuk diri sendiri melalui web/aplikasi THiJARI.
  • Bawah 18 tahun. Pendeposit bawah 18 tahun hendaklah didaftarkan melalui web/aplikasi THiJARI ibu/bapa/penjaga yang menguruskan Akaun Jagaan tersebut.

 

3.  Berapakah jumlah perlindungan yang ditawarkan bagi TH Khairat? 

Jumlah perlindungan yang ditawarkan sebanyak RM12,000 bagi kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

 

4.  Berapakah bayaran langganan TH Khairat? 

Bayaran langganan bagi TH Khairat adalah RM28 setahun.

 

5.  Bagaimanakah proses pembayaran perlindungan TH Khairat? 

Bayaran langganan akan didebitkan daripada akaun TH setiap tahun secara automatik selagi sijil Takaful belum ditamatkan.

 

6.  Apakah syarat-syarat utama untuk mendaftar TH Khairat? 

Syarat-syarat utama TH Khairat adalah:

  • Mempunyai akaun TH.
  • Berumur 30 hari sehingga 65 tahun(ulang tahun kelahiran seterusnya).
  • Mempunyai baki akaun yang boleh digunakan berjumlah sekurang-kurangnya RM100.

 

7.  Adakah terdapat manfaat lain selain daripada bantuan kewangan kepada penerima manfaat? 

Pendeposit boleh menyumbangkan sebahagian daripada jumlah perlindungan iaitu RM2,000 sebagai Infaq kepada pertubuhan/organisasi kebajikan yang dilantik oleh pengendali Takaful. (Rujuk No.10)

 

8.  Siapakah Pengendali Takaful yang akan menguruskan TH Khairat? 

TH sebagai Pemegang Sijil Induk telah melantik dua Pengendali Takaful seperti berikut:

  • Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB)
  • Hong Leong MSIG Takaful (HLMT)

Pendeposit boleh memilih salah satu daripada Pengendali Takaful ini semasa proses pendaftaran bagi mengendalikan sijil TH Khairat.

 

9.   Adakah terdapat perbezaan manfaat atau bayaran langganan antara kedua-dua Pengendali Takaful yang dilantik? 

Tiada perbezaan daripada segi manfaat dan bayaran langganan antara kedua-dua Pengendali Takaful.


10.   Apakah organisasi- organisasi yang dipilih oleh Pengendali Takaful untuk disalurkan Infaq?

  1. Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB)
  2. Sadaqa House
  3. Hong Leong MSIG Takaful (HLMT)
  4. Yayasan Waqaf Malaysia
  5. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  6. Majlis Agama Islam Kedah
  7. Majlis Agama Islam Kelantan
  8. Awqaf Holdings Berhad
  9. Waqaf An-Nur

Infaq diuruskan sepenuhnya oleh Pengendali Takaful. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengendali Takaful.

(Rujuk No. 29)

 

11.  Adakah TH Khairat ini patuh Shariah?  

Ya, TH Khairat adalah patuh Shariah dan telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Penasihat Shariah TH.

 

12.  Siapakah yang boleh dilantik sebagai Penerima Manfaat?  

Pendeposit boleh melantik sesiapa sahaja untuk dinamakan sebagai Penerima Manfaat dengan syarat:

  • Mempunyai akaun TH.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.

 

13.  Bilakah sijil Takaful saya akan berkuatkuasa/bermula?     

Sijil Takaful akan berkuatkuasa mengikut tarikh permohonan dihantar di THiJARI dan tertakluk kepada kelulusan pendaftaran oleh Pengendali Takaful.

 

14.  Bagaimanakah saya ingin tahu tentang status TH Khairat saya?   

Status terkini pendaftaran atau langganan TH Khairat boleh disemak di web/aplikasi THiJARI melalui menu Semak Status. 

 

15.  Apakah maksud Tempoh Menunggu (Waiting Period)?      

Pendeposit yang menyertai TH Khairat tertakluk kepada Tempoh Menunggu (Waiting Period) seperti berikut:

  • Tiada Tempoh Menunggu - Kematian/Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh disebabkan kemalangan.
  • 3 bulan Tempoh Menunggu - Kematian/Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh atas sebab semulajadi. 

 

16.  Bagaimana saya boleh mendapatkan Sijil Takaful saya?    

Sijil Takaful pendeposit akan dihantar ke emel pendeposit oleh Pengendali Takaful setelah permohonan diluluskan. 

 

17.  Bagaimanakah saya memperbaharui langganan pada setiap tahun? 

Pembaharuan langganan TH Khairat akan didebitkan secara automatik daripada akaun TH pendeposit dalam tempoh 60 hari daripada tarikh ulang tahun pembaharuan sijil Takaful. 

 

18.  Bagaimanakah sekiranya baki akaun saya tidak mencukupi atau telah melebihi had umur kelayakan?          

Sekiranya baki akaun pendeposit tidak mencukupi atau telah melebihi kelayakan umur ketika tarikh pembaharuan, sijil Takaful akan ditamatkan serta- merta. 

 

19.  Adakah saya akan mendapat kembali bayaran langganan yang telah dibayar apabila sijil Takaful ditamatkan?       

Tidak, bayaran langganan tidak akan dikembalikan sekiranya berlaku penamatan disebabkan apa jua sebab sekalipun. 

 

20.  Sekiranya tidak berlaku kematian atau hilang upaya kekal sehingga umur saya 65 tahun (melebihi had kelayakan umur), adakah saya dapat kembali bayaran langganan saya?      

Tidak, bayaran langganan tidak akan dikembalikan sekiranya telah melebihi had umur kelayakan.

 

21.  Bagaimanakah cara untuk saya menamatkan langganan TH Khairat?

Pendeposit boleh menamatkan langganan TH Khairat dengan memaklumkan atau menghubungi Pengendali Takaful yang dipilih/dilantik oleh pendeposit.

 

22.  Bolehkah saya menukar penerima manfaat?  

Maklumat penerima manfaat boleh dikemas kini di web/aplikasi THiJARI.

 

23.  Bagaimanakah penerima manfaat ingin membuat tuntutan?          

Klik pautan Tuntutan TH Khairat di laman daftar masuk web/aplikasi THiJARI untuk muat turun borang tuntutan Pengendali Takaful yang dipilih dan borang yang lengkap perlu dihantar kepada Pengendali Takaful berkenaan.

 

24.  Bagaimanakah bayaran tuntutan akan diberikan kepada penerima manfaat?    

Bayaran tuntutan akan dikreditkan ke akaun TH penerima manfaat.

 

25.  Berapakah tempoh masa bayaran tuntutan dikreditkan ke akaun penerima manfaat?     

Bayaran tuntutan dikreditkan ke akaun TH penerima manfaat dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan tuntutan bersama dokumen (lengkap) dihantar kepada Pengendali Takaful.

 

26.  Saya mendaftar TH Khairat dan dalam masa yang sama mempunyai sijil Takaful berdaftar dengan Pengendali Takaful yang lain. Sekiranya saya mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh, saya telah membuat tuntutan dengan Pengendali Takaful tersebut, adakah saya masih layak membuat tuntutan TH Khairat?       

Ya, anda layak membuat tuntutan TH Khairat selagi sijil Takaful tersebut masih berkuatkuasa.

 

27.  Sekiranya kemalangan berlaku di luar negara dan menyebabkan hilang upaya kekal dan menyeluruh, adakah saya layak membuat tuntutan? 

Ya, anda layak membuat tuntutan.

 

28.  Bolehkah saya membuat tuntutan lebih dari sekali? 

Tidak

 

29.  Sekiranya saya ingin mendapatkan bantuan lanjut mengenai permohonan tuntutan, apakah maklumat atau nombor talian Pengendali Takaful yang boleh dihubungi?        

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad
27th Floor, Annexe Block, Menara Takaful Malaysia,
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur.
P.O. Box 11483, 50746 Kuala Lumpur.
Tel: 1-300 88 252 385
Email: csu@takaful-malaysia.com.my

 & 

Hong Leong MSIG Takaful Berhad
Tingkat 5, Menara B, PJ City Development,
No. 15A, Jalan 219, Seksyen 51A,
46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-7650 1800
Fax: +603-7620 6730
Emel: ReachUs@takaful.hongleong.com.my
Atau layari www.hlmtakaful.com.my


30.  Sekiranya saya mempunyai pertanyaan umum mengenai TH Khairat, apakah nombor talian yang boleh dihubungi?         

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC).
Telefon : 03-62071919
Emel : th-info@lth.gov.my
Online : Sembang Langsung (Live Chat) Tabung Haji di www.tabunghaji.gov.my






                    SUMBER: TH Khairat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.