disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 4 Mac 2024

Ustaz Abd Muein Abd Rahman - Pengasas Ghulam Al Dakwah.

 


Ustaz Abd Muein Abd Rahman berasal dari Pulau Pinang dan kini menetap di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Ustaz Abd Muein bersekolah di Sekolah Menengah Arab Panchor, Pengkalan Chepa, Kelantan dan meneruskan pembelajarannya di Maahad Muhammadi, Kelantan.

Beliau juga adalah salah satu graduan Universiti Umm Qura’ BA dalam Bahasa Arab pada tahun 1986 sehingga tahun 1997.

Beliau adalah salah satu tenaga Pengajar di IPTS Kolej Jaipetra, Kota Bharu, Kelantan.

Ustaz Abd Muein merupakan Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor sejak tahun 2015.

Beliau mengetuai, membimbing, melatih dan melaksanakan misi dakwah dan kebajikan secara bersiri di beberapa daerah dalam negeri diseluruh Malaysia.

Beliau adalah pendakwah bebas sepenuh masa. 

 

Kata Ustaz Abd Muein: 

  • Kenapa syaitan takut sangat kalau kita faham al-Quran? 
  • Sebab al-Quran adalah sumber hidayat manusia. 
  • Bila kita faham al-Quran, kita mendapat keyakinan. 
  • Bila kita yakin dan faham, kita akan mengikut petunjuk al-Quran. 
  • Pada waktu inilah syaitan susah nak tipu kita. 
  • Syaitan susah tipu kita bila kita faham agama, bila kita faham al-Quran dan bila kita menjadi orang yang berilmu. 
  • Maka tipu daya syaitan yang paling utama ialah bukan tidak baca al-Quran, bukan tidak hafal al-Quran, bukan tidak khatam al-Quran, tetapi yang paling utama ialah supaya kita tidak faham al-Quran. 
  • Matlamat utama syaitan ialah memastikan kita semua tidak faham al-Quran. 

Dalam banyak-banyak kelas agama, kelas fiqh, kelas akidah, kelas tasawuf dan kelas tadabbur al Quran, yang mana syaitan dan orang kafir paling takut?

 

Kelas tadabbur al-Quran!  


Allah berfirman dalam Surah Fussilat ayat 26:

 

وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَا تَسْمَعُوا۟ لِهَٰذَا ٱلْقُرْءَانِ وَٱلْغَوْا۟ فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

 

Yang bermaksud:

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!"

 

Wallahu a'lam


Pautan:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.