السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا وَكَانَ
مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا فَإِنَّه يَرْجِعُ مِنْ
الْأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ
رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ
Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Barangsiapa mengiringi jenazah seorang muslim, kerana iman dan mengharapkan
balasan dan dia bersama jenazah tersebut ketika disolatkan dan sehingga selesai
dari penguburannya, maka dia pulang dengan membawa dua qirat, setiap qirat
setara dengan gunung Uhud (satu pahala yang besar). Dan barangsiapa
menyembahyangkannya dan pulang sebelum dikuburkan maka dia pulang membawa satu
qirat”.
(HR Bukhari No: 45) Status: Sahih
Pengajaran:
- Antara tanggungjawab sesama Muslim ialah apabila meninggal dunia salah seorang daripada mereka hendaklah di solatkan dan dikebumikan.
- Orang yang menyembahyangkan jenazah muslim yang lain kerana iman dan keikhlasan, dia akan mendapat ganjaran pahala satu qirat iaitu seumpama gunung Uhud (ganjaran yang besar).
- Orang yang menyembahyangkan dan mengiringi sehingga selesai pengebumian jenazah seorang Muslim kerana iman dan keikhlasan, dia akan mendapat ganjaran dua qirat (seumpama dua gunung Uhud).
Kredit: Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.