Awal Muharam merupakan suatu hari penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah. Para muhajir telah meninggalkan tanah air, kekayaan, keluarga dan sahabat kerana menyahut seruan ILAHI dan Rasul Nya.
Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 20:
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَهَاجَرُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ فِى سَبِيلِ
ٱللَّهِ بِأَمْوَٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِ ۚ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ
هُمُ ٱلْفَآئِزُونَ ٢٠
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
DUNIA hanya tempat persinggahan buat manusia mengutip bekalan untuk dibawa menuju kealam abadi iaitu AKHIRAT |
Umat Islam tentunya akan memperingati sejarah kelahiran pemimpin terhebat buat seluruh umat iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda merupakan Rasul terakhir yang membawa sinar kepada sekalian alam dan sebagai agen transformasi utama mengubah keadaan manusia, daripada kejahilan kepada kebenaran; menyatukan puak yang bersengketa menjadi ummah yang perkasa; serta membuka jalan kepada perkembangan Islam di seluruh dunia. Peristiwa hijrah juga mengajar kita supaya bersabar dalam apa jua cabaran di samping sentiasa berusaha untuk berikhtiar dan bertawakal kepada Allah SWT.
Insan teragung ini menjadi teladan buat kita memperkukuh ukhuwah dan perpaduan sesama umat Islam. Kejayaan Rasulullah SAW di Madinah dalam menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar; Aus dan Khazraj; orang Islam dan bukan Islam; berdasarkan Piagam Madinah, menatijahkan suasana kehidupan yang harmoni, bersatu padu dan penuh semangat persaudaraan. Jadikanlah kejayaan Rasulullah SAW serta para sahabat yang membina kesatuan ummah sebagai contoh dalam membangunkan kemajuan negara bangsa berteraskan perpaduan kaum dan agama.
Kita hendaklah berbangga dengan agama kita. Janganlah kita malu untuk melaksanakan tuntutan agama kita dalam kehidupan seharian kita, baik dari sudut tauhid, ibadah, akhlak serta pergaulan seharian kita. Dengan keadaan sedemikian, akan menjadikan kita umat yang kuat.
Kita sebagai umat Islam, sepatutnya menjadi contoh teladan yang terbaik untuk semua umat di dunia ini, bukan ditindas dan dipandang rendah oleh orang yang bukan Islam. Hendaklah kita menjadi umat yang sentiasa teguh membela agama Islam yang mulia ini sehingga ke penghujung usia kita. Kembalilah membina maruah dan identiti Islam seperti yang diajar dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.
Pautan: Majlis Bubur Asyura Masjid Mukim Padang Enggang… 1446H / 2014M
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.