Di antara masaalah besar yang melanda di Malaysia ialah budaya fitnah memfitnah dalam berpolitik. Ia adalah mainan kotor orang politik yang di warisi dari ideologi barat. Ianya adalah "political game" yang termaktub dalam rukun politik ideologi barat (walaupun tak tersurat). Malangnya orang orang politik beragama Islam pun turut serta dalam 'political games" ini kerana tidak mahu tersingkir dari arena atau gelanggang politik. Mereka menghalalkan permainan kotor ini atas alasan terpaksa (dharurat).
Kita diuji oleh Allah SWT berhadapan dengan golongan ini apabila kita kata fitnah, mengumpat,mengata, memaki hamun, mengaibkan orang walaupun dalam berpolitik adalah haram, iaitu berdosa besar. Mereka kata dalam berpolitik perbuatan ini di benarkan dalam Islam berdasarkan hukum fiqh (maslahat politik).
Umat Islam kini sudah tidak dapat berpolitik secara bersih saperti yang di kehendaki oleh Islam kerana terlalu terbawa bawa oleh ideologi politik barat yang kotor. Sebab itu lah sampai bila pun orang Islam tidak akan dapat mempunyai pemimpin yang bersih dan baik kerana proses berpolitik yang di lalui adalah kotor dan jijik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.