disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 29 Julai 2011

Mengimarahkan Masjid

“Hanya yang berhak memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang percaya kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan solat, mengeluarkan zakat serta tidak takut melainkan kepada Allah; mudah-mudahan mereka menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk” ( Surah At-Taubah : 18 ).

Allah swt menerangkan orang-orang yang berhak memakmurkan masjidNya, iaitu orang-orang yang disebutkan sifat-sifatnya dalam ayat ini :

1. Orang yang beriman, yakni percaya kepada Allah dan hari kemudian, termasuklah percaya kepada semua rukun iman yang enam.

2. Orang yang mendirikan solat tetap pada waktunya, cukup dengan syarat dan rukunnya, kerana terbinanya masjid tidak lain untuk mengerjakan ibadah solat di samping ibadah yang lain.

3. Mengeluarkan zakat, iaitu suatu tugas yang wajib, sedang memakmurkan masjid adalah suatu tugas yang sunat. Maka tidak sewajarnya seseorang itu melakukan tugas yang sunat melainkan sesudah ia tunaikan tugas yang
wajib terlebih dahulu.

4. Tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah. Yakni dalam menegakkan agama, dia tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah semata-mata. Dia juga tidak akan meninggalkan perintah Allah dengan sebab takut kepada manusia. "Maka mudah-mudahan mereka menjadi orang yang mendapat petunjuk"
Yakni : Mereka yang mempunyai sifat-sifat yang menjamin tertegaknya rukun Islam yang terpenting itu, maka mereka ini diharapkan akan menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk kepada perkara yang disukai dan diredhai Allah swt seperti memakmurkan masjid sehingga berhaklah pula mereka mendapat pembalasan yang dinikmati di dalam syurga.

Dipetik dari kitab TAFSIR AL-QURAN 'ABRUL ASIR ( Tafsir Al-Quran di
Radio ) Juzu 10 Tulisan Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.