*Muqaddimah*
Surah Ar-Ra‘d [bahasa Arab: ٱلرَّعْد, erti : "Guruh (Petir)"]
Klasifikasi: Makkiyah; ada yang mengatakan Madaniyyah.
Surah ke -13
Juz ke -13
Jumlah ayat: 43
Ayat Sajdah : ayat 15
Surah ini dinamakan Ar-Ra‘d kerana dalam ayat 13 Allah berfirman yang ertinya _"...dan guruh itu bertasbih sambil memuji-Nya,"_ menunjukkan sifat kesucian dan kesempurnaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala, dan lagi sesuai dengan sifat Al-Quran yang mengandungi ancaman dan harapan, maka demikian pulalah halnya bunyi guruh itu menimbulkan kecemasan dan harapan kepada manusia. Isi yang terpenting daripada surah ini ialah bahawa bimbingan Allah kepada makhluk-Nya bertalian erat dengan hukum sebab dan akibat. Bagi Allah Subhanahu wa Ta‘ala tidak ada pilih kasih dalam menetapkan hukuman. Balasan atau hukuman adalah akibat dari ketaatan atau keingkaran terhadap hukum Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.