*Muqaddimah*
Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim)
Klasifikasi: Makkiyah
Surah ke-14
Juz 13
Jumlah ayat: 52 ayat
Bahasa Arab: إِبْرَاهِيم, Ibrāhīm, "Nabi Ibrahim")
Surah ini termasuk golongan surah-surah Makkiyyah kerana diturunkan di Mekah sebelum Hijrah.
Dinamakan Ibrahim, kerana surah ini mengandungi doa Nabi Ibrahim ‘alaihis salam, iaitu ayat 35 hingga 41. Doa ini isinya antara lain: permohonan agar keturunannya mendirikan solat, dijauhkan daripada menyembah berhala-berhala dan agar Mekah dan daerah sekitarnya menjadi daerah yang aman dan makmur.
Doa Nabi Ibrahim ‘alaihis salam ini telah diperkenankan oleh Allah sebagaimana telah terbukti keamanannya sejak dahulu sehingga sekarang.
Doa tersebut dipanjatkan ke hadrat Allah sesudah selesai membina Ka‘bah bersama puteranya Ismail, di dataran tanah Mekah yang tandus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.