Peserta tilawah, Ustaz Abdullah Fahmi Che Nor Shukri berjaya
mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-17 yang diadakan di
Moscow, Rusia. Pertandingan yang diadakan pada 22 hingga 25 September itu
disertai wakil dari 30 negara termasuk Arab Saudi, Iraq, Iran, Bahrain dan
Indonesia.
Ustaz Abdullah Fahmi yang dilahirkan pada 17 Mac 1984, di Kampung Cherang Hangus, Machang, mencatatkan pencapaian tertinggi pernah diraih wakil Malaysia sejak pertandingan tersebut dianjurkan. Naib johan pula dimenangi oleh Yusuf Abdullah dari Yaman dan tempat ketiga dirangkul peserta Bahrain, Solah Ali Umar.
Ustaz Abdullah Fahmi membawa pulang hadiah wang tunai US$5,000 (RM 20,574), plak dan sijil penyertaan. Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Crocus City Hall, Moscow pada 25 September lalu oleh Pengerusi Majlis Mufti Rusia dan Persekutuan Muslim dan Kerohanian Rusia, Sheikh Ravil Gaynutdin.
Ustaz Abdullah Fahmi menjuarai Akademi Al Quran musim pertama di
TV9 pada tahun 2007. Beliau kini bertugas sebagai Pensyarah ilmu al Quran di
Jabatan Al Quran di Kolej Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan
Setelah hampir sepuluh tahun Ustaz Abdullah Fahmi menjuarai Akademi Al Quran beliau melangkah setapak lagi dengan mengukir nama di persada antarabangsa. Alunan indah ayat 65 - 76 dalam surah Thoha (سورة طه) di Moscow International Quran Recital Competition….. begitu memukau!
Semoga bacaan Al Quran Ustaz Abdullah Fahmi akan mampu mengisi
kekosongan jiwa anak muda muslim hari ini yang ketandusan ilmu, yang mana mata dan telinga
mereka hanya mengenal hiburan yang lagha dari artis-artis yang juga
kosong jiwa dan rohani mereka. Kami doakan... Ustaz Abdullah Fahmi agar terus maju jaya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.