disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 25 November 2016

ANDA NAK BANTU MUSLIM ROHINGYA TAPI TAK TAHU CARA?


Isu keganasan terhadap Rohingya sudah memuncak. Bantuan kecemasan berupa makanan, ubat ubatan, pakaian, khemah dan pelbagai perkara asas lagi amat diperlukan.

Ingin bersama kami di Serantu Muslim (www.smuslim.com) untuk membantu mereka?

Insya Allah,dalam masa terdekat kami akan sampaikan sendiri bantuan orang ramai samada melalui kapal laut (Food Flotillla For Mnyanmar) ataupun melalui wakil khas kami yang memang ada di Mnyanmar.

Bantuan yang anda hulurkan akan segera sampai kepada mereka dengan telus, diyakini dan berkat. Kami sendiri telah beberapa kali sampai di Mnyanmar dan juga beberapa kem pelarian Rohingya di Indonesia, Thailand dan di Malaysia sendiri untuk menyampaikan sendiri bantuan kepada mereka. Boleh lihat testimoni kami di sini: www.smuslim.com/rohingya

Berikut adalah satu doa yang sepatutnya kita amalkan setiap masa.  Doa ini adalah bukti ketergantungan kepada yang maha kuasa, yang maha perkasa, yang maha bijaksana, yang maha sempurna, iaitu Allah rabbul’alamin, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam:

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ 

'Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri. Dengan rahmatMU aku memohon pertolongan. Perbaikilah untukku urusanku semuanya. Dan janganlah ENGKAU serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.'


Apa yang boleh anda bantu?
Anda boleh terus masukkan seberapa pun jumlah sumbangan anda kepada: 
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim
No Akaun Maybank: 564100421083

Sila maklumkan sebarang jumlah sumbangan kepada 010-8659407 (hotline) atau emailkan kepada: admin@smuslim.com


Rasulullah S.A.W menganjurkan kita untuk bersedekah, hal ini dimaksudkan agar rezeki yang kita dapat menjadi berkat. Allah S.W.T pula memberi jaminan kemudahan kepada orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipat kali ganda. Sebagaimana sabda RasulAllah SAW :  ‘Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu berseru, “Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah S.W.T” Yang satu lagi berseru, “Musnahkan orang yang menahan hartanya.’
Semoga Allah memberkati harta anda dan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat nanti, amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.