Selepas larangan melaungkan azan
di tanah haram yang diusulkan di Parlimen Israel pada 13 November yang lalu,
Allah SWT turunkan bencana yang dahsyat kepada negara terbabit. Larangan yang
dibuat melibatkan masjid-masjid di kawasan sekitar termasuk Masjidil Aqsa.
Kebakaran bermula lima hari lalu
berhampiran Baitulmaqdis, sebelum merebak dengan pantas akibat cuaca panas dan
tiupan angin. Sehingga ke hari ini, kebakaran itu masih belum dapat dikawal
sepenuhnya kerana terdapat beberapa lokasi sukar dihampiri dan api gagal
dipadam. Kerajaan Israel terpaksa mengisytiharkan darurat dan meminta
negara-negara asing membantu memadam dan mengawal kebakaran dari terus merebak.
Kebakaran yang dahsyat terus
membakar Israel, usaha pemadaman yang di bantu pesawat pemadam canggih dari 13
negara iaitu Rusia, Amerika, Cyprus, Turkey, Itali, Spain, Bulgaria, Romania,
Portugal , Hungari, Croatia, switzerland, dan juga Palestin sama sekali tidak
memberi perubahan, malah api terus marak
dan tidak mau padam.
Kebakaran itu menyebabkan lebih
80,000 rakyat Israel dipindahkan dari Haifa. Lapangan Terbang Tel Aviv dan
pelabuhan turut ditutup. Kerugian sudah dianggarkan ratusan juta dollar.
Seramai 150 orang cedera dan 560 kediaman musnah di Haifa, Nataf dan penempatan
haram Yahudi di tebing barat.
Perdana Menterinya, Benjamin
Netanyahu menyifatkan insiden terbabit sebagai serangan keganasan terhadap
rakyat dan negaranya. Beliau juga memberi amaran kepada sesiapa yang cuba
membakar bahagian negeri Israel akan dikenakan hukuman berat.
Sekurang-kurangnya 17 daripada
110 titik kebakaran dituduh berpunca daripada perbuatan khianat. 37 individu
telah ditahan sejak Khamis lalu kerana disyaki terlibat, termasuk 24
daripadanya masih dalam tahanan.
Berikut adalah beberapa foto terkini kebakaran di israel yang diperolehi dari media arus perdana dan juga dari laman sosial.
Walau sehebat mana teknologi yang ada pada mereka tapi Allah SWT Maha Berkuasa, malah tidak ada yang
boleh menghalangNya. Allah SWT bila-bila masa saja boleh membalas
mereka yang telah berbuat zalim dan aniaya terhadap orang-orang beriman
sebagaimana firman Allah SWT:
Yang bermaksud:
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi
ingat dengan ayat-ayat tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap
mengingkarinya) sesungguhnya Kami tetap membalas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.