Taqwim Hijrah ialah sistem kalendar bagi umat Islam di seluruh dunia. Kalendar ini merupakan sejenis kalendar LUNAR (qamariyah) yang dihitung berdasarkan pergerakan/fasa bulan mengelilingi bumi.
JUMLAH HARI
Bagi Kalendar Masihi, permulaan hari dihitung mulai pada
jam 12 TENGAH MALAM mengikut zon masa tempat tersebut. Kitaran 24 JAM bermula
pada jam 00:01 minit dan berterusan sehingga tengah malam hari berikutnya (kembali tepat 24:00). Manakala dalam
Kalendar Hijrah, kitaran hari bermula pada waktu peralihan SIANG ke MALAM iaitu
pada waktu senja detik MATAHARI TERBENAM. Ia juga kita kenali sebagai detik
masuknya WAKTU MAGHRIB. Lalu, ini bermaksud PERMULAAN HARI BARU bagi kalendar
Islam @ Hijrah adalah pada sekitar waktu Matahari terbenam, berlangsung 24 jam
hingga Matahari terbenam pada hari berikutnya.
Untuk pengiraan HARI PERTAMA bagi setiap bulan Hijrah pula,
ia dilakukan secara manual melalui kaedah MELIHAT ANAK BULAN (RUKYAH) oleh
ahli-ahli falak di negara tersebut. Kalendar Islam @ Hijrah adalah satu-satunya
Kalendar di DUNIA yang MASIH BERPANDUKAN KEPADA PEREDARAN JASAD BULAN (moon)
secara 'REAL-TIME' yang akan DILIHAT berubah-ubah SAIZ & BENTUK pada setiap malam. Ia adalah
kesan kitaran bulan mengorbit bumi yang akan mengubah darjah kedudukannya
membiaskan cahaya matahari pada waktu malam. Oleh kerana itu, pada setiap
HUJUNG sesuatu kitaran bulan, pada ahli falak akan berhimpun untuk meneropong
& menghitung detik pertukaran antara
BULAN SABIT TUA dan ANAK BULAN BARU.
Kemajuan ILMU dan pengalaman serta peralatan sains &
komputer yang kian maju kini mengizinkan Kalendar Hijrah dirangka lebih awal
melalui KAEDAH HISAB (rangkaan @ jangkaan). Ia digunakan sebagai panduan awal
untuk berbagai tujuan dan sistem urusan kehidupan. Bagaimanapun, proses RUKYAH
tetap menjadi SANDARAN UTAMA setiap
bulan bagi mengesahkan kalendar
kaedah hisab yang telah dihasilkan. Sekiranya terdapat perbezaan antara
kalendar hisab (yang dirangka lebih awal pada setiap awal tahun)dengan HASIL
RUKYAH secara manual pada mana-mana bulan, PEMBETULAN akan dilakukan dan
PERMULAAN HARI akan mengikut hasil
kaedah rukyah yang dilakukan.
Hari pertama bagi setiap bulan adalah bermula sebaik sahaja
kita melihat anak bulan atau disebut HILAL, yang kelihatan selepas matahari
terbenam. Sekiranya hilal tidak
kelihatan semasa peralihan hari ke 29 dengan hari berikutnya, maka, hari
berikutnya itu dikira sebagai hari yang ke-30.
KIRAAN BULAN (month)
Dalam sistem Kalendar Hijrah, ada 12 bulan iaitu:
- Bulan ke 1 - Muharam,
- Bulan ke 2 - Safar,
- Bulan ke 3 - Rabiulawal,
- Bulan ke 4 - Rabiulakhir,
- Bulan ke 5 - Jamadilawal,
- Bulan ke 6 - Jamadilakhir,
- Bulan ke 7 - Rejab,
- Bulan ke 8 - Syaaban,
- Bulan ke 9 - Ramadan,
- Bulan ke 10 - Syawal,
- Bulan ke 11 - Dzulqaedah
- Bulan ke 12 - Dzulhijah.
Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari (bilangan hari
tidak tetap bagi setiap bulan).
Firman Allah S.W.T. dalam
Maksudnya;
'Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi
(hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah
semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang
dihormati. (Ketetapan) yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka
janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu
(dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya
sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah
beserta orang yang bertaqwa'
KIRAAN TAHUN
Setahun bagi kalendar Masihi adalah 365 hari atau 366 hari
bagi tahun lompat yang diaturkan setiap 4 tahun sekali. Manakala, bagi
Kalendar Hijriah mempunyai 354 atau 355
(354.36) hari, iaitu beza 10 atau 11 hari dari jumlah hari dalam Kalendar
Masihi.
Setiap tahun, hari-hari kebesaran Islam dirayakan dalam
musim yang berlainan. Ia akan kembali ke musim asal setiap 33 tahun (1 pusingan
lengkap). Contohnya bagi detik Tahun Baru Hijrah iaitu 1 Muharram - ia disambut
pada musim berlainan (di kalendar masihi) dan ia berganjak sebanyak 10 atau 11
hari lebih awal setiap tahun.
Oleh itu, pengiraan
USIA atau TEMPOH mengikut Kalendar Hijrah adalah berbeza dan sentiasa
mendahului dari kalendar masihi. Jumlah USIA di tahun Hijrah akan lebih cepat
meningkat berbanding mengikut usia dalam kalendar masihi. Manakala TEMPOH akan
lebih CEPAT atau SINGKAT dalam kalendar Hijrah berbanding Masihi.
Wallahualam
Sumber: Daqmie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.