disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 9 Mac 2020

Buat Renungan Rakan-rakan Masjid Mukim Padang Enggang.

BUAT RENUNGAN DAN INGATAN KITA BERSAMA 
  1.  Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau walaupun jaraknya hanya beberapa meter.
  2.  Kita mengetahui bahawa ucapan سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya walaupun sedikit.
  3.  Kita mengetahui, solat dhuha umpama kita telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita. Tetapi sayang, hari silih berganti tanpa kita melakukan solat dhuha.
  4.  Kita mengetahui bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.
  5.  Kita mengetahui bahawa sesiapa yang ziarah orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memohon rahmat untuk kita. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk jiran kita yang dah beberapa hari sakit di hospital.
  6.  Kita mengetahui bahawa siapa yang membantu membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita langsung tidak tergerak hati untuk menyumbang untuk  pembinaan/penyelenggaraan masjid walaupun hanya sekadar yang kita mampu.
  7.  Kita mengetahui bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.
  8.  Kita mengetahui bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu walaupun sekejap membaca Al-Quran dalam jadual harian kita.
  9.  Kita mengetahui bahawa mengerjakan haji rukun islam yg ke 5 itu wajib, jika dpt haji mabrur tidak ada pahala baginya kecuali syurga dan akan diampuni dosa-dosa sehingga kembali suci seperti saat kita dilahirkan. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat dan buat-buat lupa padahal kita mampu melaksanakannya.
  10.  Kita mengetahui bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang paling banyak solat malam dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.
  11.  Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi tanpa ada keraguan dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang.. kita lupa untuk mempersiapkan diri untuk menemui kematian yang bila-bila saja boleh berlaku.
  12.  Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang kita selalu hanyut dengan senda gurau dan hiburan dunia..seakan kita mendapat jaminan untuk hidup seribu tahun lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.