RIYADH - Kerajaan Arab Saudi hari ini mengeluarkan arahan
rasmi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah dari 25 negara berikutan
kebimbangan terhadap penularan wabak koronavirus (Covid-19) berkuat kuasa hari
ini.
Antara negara yang terlibat ialah China, Taiwan, Hong
Kong, Iran, Itali, Korea Selatan, Macau, Jepun, Thailand, Malaysia, Indonesia,
Syria, Yemen, Azerbaijan, Kazakhstan, Somalia dan Vietnam.
Usaha mengekang virus itu juga termasuk menggantung
perjalanan ke dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC)
yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.
Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan awal
hari ini memaklumkan, penggantungan itu termasuk bagi program ziarah Masjid
Nabawi di Madinah.
Ia bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut sama ada
keputusan tersebut akan memberi kesan kepada musim haji pada kali ini yang
bermula pada akhir Julai depan.
Sekatan sementara itu akan terus dikaji semula dari masa
ke masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.