disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 4 Mac 2020

Statistik Terkini COVID-19 Di seluruh Dunia


Dunia hari ini telah digemparkan dengan keadaan wabak penyakit yang merebak dengan begitu meluas, hingga ke seluruh wilayah, benua serta dunia. Berikut adalah statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia setakat jam 8:00 pagi yang dikeluarkan oleh WHO (4 Mac).



Apa itu koronavirus dan di mana ia bermula?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak koronavirus dikesan selepas organisasi itu dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar Wuhan, di wilayah Hubei, China.

WHO dalam laman sesawangnya berkata, pihak berkuasa China pada 7 Januari lalu mengesahkan Koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

Virus itu tidak seperti virus lain yang sudah diketahui, dan situasi ini mencetuskan kebimbangan mengenai bahayanya dan bagaimana kesan jangkitannya terhadap manusia.
Virus baru itu adalah koronavirus dan buat sementara waktu dinamakan sebagai "2019-nCoV."

Menurut WHO, koronavirus adalah keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit daripada selesema biasa kepada penyakit yang lebih berbahaya seperti sindrom pernafasan akut teruk (Sars) dan sindrom pernafasan Timur Tengah (Mers-CoV).

*Iran kini menjadi negara yang mencatatkan kes kematian akibat wabak Covid-19 tertinggi selepas China dengan 77 individu maut selain jumlah jangkitan mencecah 2,336.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.