🍀Dari
Abu Ruqayyah Tamim Ad-Daary RA, bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Agama itu
nasihat”. Kami pun bertanya, “Untuk siapa (nasihat itu)?”. Baginda menjawab,
“Nasihat itu adalah untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, Imam-imam kaum muslimin
dan seluruh muslimin (rakyatnya)”.
(HR. Muslim No: 50)
Status: Hadis Sahih.🍀
🌸Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada dua kenikmatan yang banyak manusia tertipu, iaitu nikmat sehat dan nikmat waktu lapang”
(HR. Bukhari)🌸
Firman Allah SWT dalam surah al-Ashr ayat 1-3:
Maksudnya:
”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada
dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholih
dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya
menetapi kesabaran”
(Surah al-Ashr ayat 1-3).
Manusia kebanyakannya tidak menghargai nikmat kelapangan
masa menyebabkan ramai yang menghabiskan masanya secara sia-sia. Setiap detik
masa berlalu amat berharga malah tanpa disedari umur mereka dibiarkan berlalu
begitu saja. Mereka terpedaya dengan nikmat masa lapang tanpa pengisian yang berfaedah seperti melakukan aktiviti berunsur
kebajikan. Jika dalam masa yang lapang pun mereka tidak mengingati Allah,
apalagi dalam keadaan sibuk apabila mereka berebut-rebut mengejar keuntungan
dunia.
Nasihat Ibn al-Jauzi patut kita jadikan renungan, katanya:
"Boleh jadi seseorang sihat namun dia tidak ada waktu lapang kerana dia sibuk
untuk menanggung kehidupannya. Dan boleh jadi seseorang itu kaya dan dia mampu
(berharta) tetapi dia pula tidak sihat. Oleh kerana itu, apabila berhimpun dua
perkara, biasanya manusia akan dikalahkan dengan perasaan malas untuk melakukan
ketaatan".
“Ya
Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia,berikan
pula kebaikan di akhiratdan
lindungilah Kami dari siksa neraka”
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً
وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً
وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.