(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada
Allah sebagai pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah) maka
Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan
(ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki)
dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Daripada hadis dan ayat alquran diatas, dapatlah difahami,
bahawa Allah lah yang akan melipatgandakan rezeki buat hambanya yang
membelanjakan hartanya di jalan Allah. Dengan kata lain semakin kita memberi
semakin digandakan rezeki kita.
Buat semua sahabat, gunalah kesempatan pada ketika ini (PKP Fasa 3) untuk membantu saudara mara kita yang hadapi masalah sekarang ini. Ada saudara mara, atau mungkin jiran kita yang hidup mereka
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bantulah mereka......Jika mereka tak boleh nak 'kais' dalam seminggu dua ini,
bermakna mereka tiada wang untuk membeli keperluan harian untuk menyara keluarga mereka. Jadi mari kita sama-sama mulakan, biar sedikit asalkan ikhlas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.