بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين حمدا شاكرين والعاقبة للمتقين والصلاة والسلام على سيدنا محمد اشرف الانبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين
🌳Ya Allah Engkau ampuni lah dosa-dosa kami, dosa kedua-dua ibubapa kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, semua kaum keluarga kami, guru-guru kami, jiran-jiran kami serta dosa -dosa seluruh umat islam samaada yang masih hidup maupun yang telah meninggal.
🌳Ya Allah sempena ketibaan Bulan Ramadhan Al-Karim, bulan yang penuh keampunan, keberkatan dan kemuliaan ini. Kami merafakkan doa ke hadhrat mu, memohon kemaafan di atas semua kesilapan dan kesalahan yang telah kami lakukan samaada yang terang atau yang tersembunyi, yang besar atau yang kecil.
Sesungguhnya Ya Allah..hanya Engkau jualah yang lebih mengetahuinya daripada kami dosa-dosa dari perbuatan kami. Oleh itu..ampunilah kami Ya Allah kembalikan seperti asal seolah-olah kami baru dilahirkan.
🌳Ya Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan kepada kami agar kami dapat melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain dengan sempurna di Bulan Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya.
🌳Ya Allah kurniakan kepada kami isteri/suami, anak-anak dan zuriat keturunan kami yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dan jangan pula engkau pesongkan hati-hati kami setelah engkau beri petunjukMu
🌳Ya Allah sempurnakan nikmat dalam kehidupan kami dengan kebaikanMu, matilah kami sekiranya kematian kami adalah lebih baik daripada hidup kami.
Sebaliknya Ya Allah, lanjutkan usia kami sekiranya hidup kami lebih baik daripada kematian kami.
🌳Ya Allah jadikan Ramadhan ini sebagai Ramadhan yang terbaik yang pernah kami lalui...takdirkanlah kami untuk bertemu dengan Lailatulqadar.. malam yang lebih baik daripada seribu bulan...
🌳Ya Allah engkau angkatkan lah wabak penyakit COVID-19 dari bumi ini khususnya negara kami Malaysia.
Ya ALLAH..selamat dan sejahterakan kami, permudahkan segala urusan kami untuk melakukan ibadah kepada mu terutama di bulan Ramadhan yang penoh keberkatan ini.
🌳Ya Allah sembuhkanlah ujian kesakitan dikalangan kami. Lapangkan kehidupan dari kalangan kami yang dalam kesempitan..Engkau permudahkan rezeki kepada kami semuanya agar dapat kami infaq ke jalanMu Ya Allah.
🌳Sesungguh Engkaulah yang menghidupkan kami dan engkau jualah yang mematikan kami, matikanlah kami dengan Husnul Khaatimah, jangan Engkau matikan kami dengan Su ul Khatimah.
Akhirilah hayat kami dengan kalimah:
لا إله إلا الله محمد رسول الله
🌳Ya Allah, berikanlah kemenangan buat semua pejuang-pejuang untuk menegakkan syiar Islam.... walau dimana saja mereka berada.
Perkenankanlah permintaan kami Ya Allah...
Kabulkan doa kami Ya Allah...
Tunaikanlah segala hajat kami Ya Allah....
ربنا ظلمنا أنفسنا وان لم تغفرلنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين
ربنا وتب علينا انك انت التواب الرحيم
ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصل الله على سيدنا ونبينا محمد وعلى آله
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.