Assalamualaikum dan salam akhir Ramadhan,
Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Diharapkan semua sihat serta dijauhkan dari wabak dan perkara buruk... aamiin. Apabila diri kita dipilih untuk berada dalam bulan Ramadhan, ia sesuatu perkara yang perlu disyukuri. Sehubungan itu, rasa syukur itu perlu dizahirkan dengan melaksanakan amal ibadat wajib dan sunat sepanjang Ramadhan. Usah jadi orang yang rasa biasa dengan kehadiran Ramadhan. Ia seolah-olah Ramadhan datang bagi memenuhi kalendar Hijri pada setiap tahun.
Berinfaq dan bersedekah di jalan Allah sangat dianjurkan dalam syariah Islam sebagai salah satu cara untuk menyucikan hati dan menghapus dosa-dosa di masa lalu. Berinfaq dan bersedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang, bahkan semakin bertambah dan terus bertambah.. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak Allah gandakan rezeki. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 245:

Yang bermaksud:
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada
Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan
balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan.
Daripada ayat ini, kita dapat fahami, bahawa Allah lah yang
akan melipatgandakan rezeki buat hambanya yang membelanjakan hartanya di jalan
Allah. Ayuh sama-sama kita rebut peluang pahala berganda di bulan
ini. Tak lupa ucapan tahniah kepada para suami kerana pelaksanaan Perentah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan, mereka kini dah dinaikkan pangkat jadi imam solat fardhu dan solat sunat teraweh di rumah masing-masing.
Pejam celik kita kini berada pada fasa ketiga Ramadhan,
dan tentunya kita semua sudah pun termotivasi dengan ayat Al-Quran dan hadis
mengenai kelebihan Lailatul Qadar ini. REBUTLAH peluang untuk mencari Lailatul Qadar dengan melipatgandakan lagi amalan pada 10 malam akhir Ramadhan.. Jangan berterusan jadi orang yang rugi.
Kenapa rugi dan siapakah mereka yang rugi?
Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mendapat manafaat pada malam Lailatul Qadar:
4. Berdoa kepada Allah dengan meminta keampunan-Nya.
Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mendapat manafaat pada malam Lailatul Qadar:
1. Menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadah solat serta
membaca Al-Quran.
Daripada Abu Hurairoh sesungguhnya Rasulullah SAW telah
berkata yang bermaksud: “Sesiapa yang bangun malam Lailatul Qadar dengan penuh
keimanan dan perhitungan (muhasabah diri), akan diampunkan dosa-dosanya yang
lalu.
2. Membangunkan ahli keluarga seperti mana yang dilakukan
oleh baginda Rasulullah.
Daripada Aisyah: Adalah Rasulullah jika masuk pada malam 10
malam terakhir, maka ia akan menghidupkan malam-malam itu dan membangunkan ahli
keluarganya dan akan menjauhi daripada membuat hubungan suami isteri.
Banyakkanlah melakukan solat pada waktu malam sepanjang
Ramadan terutamanya pada 10 malam akhir.
3. Beriktikaf di dalam masjid dengan melakukan
perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah seperti solat, zikir,
membaca al-Quran dan sebagainya.
Ini kerana baginda Rasulullah akan beriktikaf ketika mana
masuk 10 malam yang terakhir.
4. Berdoa kepada Allah dengan meminta keampunan-Nya.
Aishah pernah bertanya baginda Rasulullah apa yang perlu
dikatakan pada malam Lailatul Qadar, maka kata Baginda: “Katakanlah, Ya Allah
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Engkau Maha Mulia dan suka kepada
pengampunan maka ampunilah aku.
5. Bersedekah dengan keikhlasan kepada Allah.
Ini kerana jika sedekah yang dilakukan itu bertepatan dengan malam Lailatul Qadar maka amalan sedekah itu juga akan dilipatgandakan lebih baik dari 1,000 bulan.
Ini kerana jika sedekah yang dilakukan itu bertepatan dengan malam Lailatul Qadar maka amalan sedekah itu juga akan dilipatgandakan lebih baik dari 1,000 bulan.
Mereka yang rugi ialah orang yang tahu kelebihan-kelebihan
ini, tetapi tidak berbuat apa-apa atau langsung tidak berusaha untuk mendapat
kelebihan dengan bersungguh-sungguh. Salah satu cara adalah bersedekah atau berinfaq. Bayangkan sekiranya kita bersedekah, walaupun
hanya RM10, setiap hari di 10 malam terakhir ini, dan ada hari itu ialah
LailatulQadar, Subhanallah, sedekah RM10 itu menjadi amal yang berganda-ganda
pahalanya. Walaupun tak dibenarkan nak keluar solat berjemaah kemasjid dan nak istiqamah menginfaq setiap hari dimasjid, tapi harapnya keimanan kita semakin bertambah.
Jom kita sama-sama perbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini, semoga kita ditemukan malam Lailatul Qadar pada Ramadhan kali ini. Jadi, jangan kita lepaskan peluang keemasan ini. Infaqkan terus secara 'on-line' pada setiap malam-malam akhir Ramadhan ke akaun sebagaimana berikut:

No Akaun Masjid:
Maybank - 553104307197
Maybank - 553104307197
AJK MASJID MUKIM
PADANG ENGGANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.