disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 16 Jun 2020

Pelaksanaan Garis Panduan Aktiviti Masjid Di Negeri Kelantan Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)




Pelaksanaan Garis Panduan Aktiviti Masjid Di Negeri Kelantan Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan (JKKN) Khas Negeri Kelantan Bil. 14/2020 bersetuju dengan pembentangan oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengenai Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti di Masjid, Surau dan Musolla dengan mematuhi SOP yang akan dikeluarkan oleh MAIK.

Antara aktiviti yang dibenarkan adalah solat berjemaah 5 waktu, solat Jumaat, Tazkirah Subuh (15 minit) dan Kuliah Maghrib sehingga waktu Isyak dengan pengawasan yang ketat oleh pihak pengurusan masjid.

Pelaksanaan aktiviti di masjid ini akan bermula pada 19 Jun 2020 (Jumaat) hanya selepas mendapat ampuni perkenan KDYMM Tuanku Sultan Kelantan.

YAB Dato’ Bentara Kanan
Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob
Menteri Besar Kelantan
Isnin, 23 Syawal 1441H/ 15 Jun 2020

2 ulasan:

  1. Salam... tuan tahu mcm mana nak register untuk solat jumaat di masjid pdg enggang? Harap kongsikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. وَعَلَيْكُمُ ٱلسَّلَامُ
      Masjid dibuka jam 12 tengahari, sila datang awal…daftar kehadhiran dengan menulis nama, no kad pengenalan, no telefon dan bacaan suhu dalam buku daftar yang disediakan. Beberapa orang AJk ditugaskan untuk membantu jemaah di pintu masuk masjid.
      semoga info ini dapat membantu😊

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.