Dengar di Radio IKIM... Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang
LALAI. Mula² Ustaz kongsi tanda² LALAI.
Tanda2 LALAI antaranya:
1. Kurang membaca
Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dlm solat,
kurang ingat pd Allah:
- Tidak fokus,
- Sering terlupa bilangan rakaat,
- Melewatkan solat,
- Kurang solat jemaah.
4. Banyak membuang
masa utk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv.
5. Kurang @ malas
berdoa. Kalau berdoa, tidak ada
penghayatan, pakat hafal saja.
6. Sentiasa sibuk
dgn urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya
menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati² dgn
perkara yg syubhah & haram.
9. Tangguh utk
bertaubat.
10. Malu utk belajar
agama.
11. Bangun fikir nak
makan apa & apa aku nak buat hari ini.
Ada juga Ustaz sebut:
Jarak antara hati
kita dgn ketenangan, ibarat jarak' kita dgn Al-Quran.
Pesan Ustaz:
Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat
dgn dia. (nak baca)
- Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI:
- Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
- Bunuh' kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.
- Hilang fokus dlm hidup.
- Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.
Sebab-Sebab LALAI:
- Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
- Berkawan dgn org² yg lalai.
- Berada dlm persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
- Tidak berzikir.
- Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem Yg melalaikan dll.
Cara² mengatasi LALAI:
- Cari sahabat yg baik & soleh.
- Hadiri majlis ilmu.
- Bangun malam utk solat tahajjud.
- Banyakkan zikir & taubat.
- Rajin baca quran.
- Bersangka baik pd org lain.
- Pemaaf.
- Ingat mati.
- Kurangkan makan.
- Amalkan sunnah Nabi saw.
- Bersabar bersyukur & bertawakkal.
Silakan share.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.