السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ
وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
🌸 Ya الله Kurniakan kami iman yang mantap,
keyakinan yang benar, hati yang khusyuk, ilmu yang bermanfaat dan rezeki yang
luas. Sihat sejahtera kan tubuh badan kami. Kurniakan kesembuhan kepada mereka yang sakit
dikalangan kami.
🌸 Ya الله Janganlah Engkau jadikan penyakit kami suatu beban yang menghalang kami daripada menunaikan ibadah kepada Mu.
🌸 Ya الله Permudahkan urusan dunia kami yang didalamnya kami menjalani kehidupan kami dan permudahkan urusan akhirat kami yang padanya tempat kami semua akan dikembalikan. Jadikan kematian kami sebagai satu kerehatan daripada segala kejahatan.
🌸 Ya الله Jadikanlah kami orang orang yang
sentiasa bersyukur, bersabar, redho dan ikhlas.
🌸 Ya الله Hiasilah diri kami dengan taqwa.
🌸 Ya الله lihatlah wajah wajah kami. Pandanglah wajah wajah kami dengan pandangan belas ihsan dan kasih sayang Mu. Lindungilah kami, rahmatilah kami. Kurniakan hidayah kepada kami dan janganlah Engkau pesongkan hati hati kami setelah Engkau memberi petunjuk Mu.
🌸 Ya الله eratkanlah silaturrahim dikalangan kami. Jadikan doa kami sebagai doa yang makbul untuk keluarga kami, saudara-saudara kami dan sahabat-sahabat kami.
🌸 Ya الله Jauhkanlah kami daripada azab kubur dan azab api neraka Mu. Masukkan kami semua ke dalam Syurga Mu bersama para Rasul dan Nabi kami Muhammad SAW.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.