disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 26 November 2024

Petikan Beberapa Ayat Al-Quran.

Al-Quran perlu sentiasa dibaca dan isinya perlu difahami, dihayati dan diamalkan. Kitab suci umat Islam yang sarat dengan khazanah ilmu Allah ini, seharusnya sentiasa dikaji agar manfaatnya dapat menerangi jalan menuju keredhaan Ilahi.

Inilah keistimewaan manusia yang dikurniakan akal fikiran yang waras. Akal dapat membezakan antara manusia dengan haiwan serta makhluk Allah yang lain. Akal yang dipandu dan dinaungi oleh al-Quran dan as-Sunnah Rasul-Nya mampu membentuk keperibadian manusia supaya sentiasa taat pada perintah pada Penciptanya.

Mendalami perjalanan hidup manusia ini amat penting dalam mengesakan Allah SWT. Yang menariknya al-Quran ada menceritakan tentang kejadian lengkap manusia dari alam janin, semasa lahir, mengurus kehidupan, meninggal dunia dan seterusnya manusia akan diakhiri dengan kematian dan hari kebangkitan.

Banyak penceritaan di dalam al-Quran mengenai kejadian manusia, keadaan, kelebihan dan sifat-sifatnya. Betapa bertuahnya manusia kerana dijadikan Allah sebagai sebaik-baik kejadian berbanding makhluk lain di atas muka bumi ini.

Kitab suci ini penuh dengan hukum-hakam dan sejarah. Selain memuatkan juga sesuatu yang amat menarik untuk diperkatakan sebagai perumpamaanAllah menerangkan bahawa penurunan ayat al-Quran yang mengandungi perumpamaan ini mengajak manusia sentiasa berfikir.














Surah Ar-Rad, Verse 26:

اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ وَفَرِحُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا مَتَاعٌ

 

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.




Surah Al-Baqara, ayat 208: 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

 

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

 


Surah Fussilat, ayat 26: 

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

 

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!"




Pautan: 


Kredit video: Ummu Nadir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.