Ada satu perangai buruk orang Islam yang menyebabkan
kadang-kadang orang kafir pun tak payah tuduh apa-apa kepada orang yang bawa
cerita benar. Sebab apa?
Sebab orang Islam sendiri dah menjauhkan orang lain
daripada orang-orang yang membawa kebenaran.
Dalam surah Al-Hujurat ayat 11, Allah Subhanahu Wa Ta'ala
berfirman:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ
"Wahai orang-orang yang beriman!
Allah suruh khusus kepada orang yang beriman. Bila Allah
sebut wahai orang-orang yang beriman, kita wajib dengar dan wajib fokus. Kalau
kita buat tak tau, kita bukan orang beriman.
Kenapa wajib dengar dan fokus?
Kerana ada perintah yang Allah nak beritahu dan kita kena
buat. Bila kita buat, itu salah satu bukti kita beriman.
Atau, ada larangan yang kita kena tinggal. Kalau kita
tinggalkan, itu bukti kita orang beriman.
Di sini apa yang Allah nak suruh atau tinggalkan?
لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٞ مِّن قَوۡمٍ
Janganlah sesuatu kaum mempermainkan, memperlekehkan kaum yang lain.
Hukumnya haram merendahkan, memperlekehkan orang lain.
Kerja memperlekehkan ni kerja siapa?
Orang kafir.
Orang beriman haram memperlekehkan apatah lagi sesama
Islam.
Kenapa?
عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرًا مِّنۡهُمۡ
Moga-moga kaum yang kamu perlekeh itu lebih baik daripada kamu.
Kita kata dia sesat, rupa-rupanya dia betul dan kita yang
sesat.
Kita kata akhlak dia buruk, rupa-rupanya akhlaknya lebih
baik daripada kita.
Kita duk kutuk dia tapi dia tak pernah kutuk pun kita.
Jadi, haram merendahkan atau memperlekehkan orang lain.
Orang ke, kumpulan ke, individu ke, jemaah ke, parti ke, jangan perlekehkan.
وَلَا نِسَآءٞ مِّن نِّسَآءٍ
Dan wanita pun jangan memperlekeh sesama wanita.
Ini group ni, ini geng ni, ini geng tadarus, ini geng
khatam Al-Quran, ini geng Tupperware.
Kenapa?
عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرًا مِّنۡهُنَّ ۖ
Mungkin orang yang kita perlekeh lebih baik.
Betul tak?
Kemudian,
وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ
Dan janganlah kamu mencela atau mengaibkan diri kamu
Perkataan تَلۡمِزُوٓاْ daripada لمز yang bermaksud
mengaibkan dengan kata-kata.
"Dia tu sesat. Dia tu tak betul. Dia tu amalannya ada
masalah."
"Bodoh."
Itu mengaibkan dengan kata-kata.
Kalau همز cela dengan perbuatan. Contoh, orang tempang dia
ajuk buat jalan tempang.
Allah tak kata jangan cela orang tapi jangan cela diri
kamu? Ada tak orang cela dirinya sendiri?
Tak ada.
Tapi kenapa Allah kata jangan cela diri kamu?
Tengok bahasa Al-Quran. Kalau kita tak tadabbur, kita boleh
salah faham. Kita akan soal, "Mana ada orang kutuk diri sendiri?"
Tak. Allah nak bagi tau, bila kita kutuk saudara kita,
saudara kita adalah sebahagian daripada kita.
Kan Nabi ﷺ kata orang beriman ni
seperti satu jasad. Sakit kepala, kaki terasa. Jadi, sepatutnya orang itu, dia
adalah badan kita. Bila kita kutuk dia, sebenarnya kita kutuk diri kita.
Yang kedua, bila kita kutuk dia, dia akan kutuk kita balik.
Jadi, dia kutuk kita ialah sebab kita kutuk dia. Seolah-olah kita kutuk diri
sendiri. Kita yang mengundang orang kutuk kita. Puncanya kita kutuk orang.
Maka Allah kata jangan kutuk orang. Kita pendakwah bukan penghukum. Ramai pendakwah jadi qadhi, hukum orang. Ini sesat, ini tak betul, ini terkeluar daripada ahli sunnah waljamaah.
وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَٰبِ ۖ
Dan haram mengaibkan orang dengan laqab.
Laqab ialah gelaran.
"Gila, sesat, ini geng-geng, puak-puak yang
@#$&+*×."
Jadi, haram melabel-labelkan orang termasuk label orang W.
Hukumnya haram. Kenapa nak label orang? Kalau orang tak betul, cakap di mana
tak betul lepas tu bagi dalil. Betul tak?
Itu kewajipan kamu. Bukan kewajipan kamu melabel-labelkan
orang.
Kembali, Allah kata.
بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَٰنِ ۚ
seburuk-buruk nama ialah gelaran fasiq selepas beriman
Apa makna fasiq?
Fasiq ada 2:
1. Fasiq kecil iaitu yang buat dosa kecil berterusan atau
buat dosa besar.
2 Fasiq besar iaitu yg buat amalan kufur atau syirik dan
terkeluar dari Islam.
Apa maksud ayat ini?
Allah cakap kepada orang beriman. Tapi bila dia buat apa
yang Allah larang, memperli orang, memperlekehkan orang, melabelkan orang, dia
telah melakukan perbuatan fasiq. Maka seburuk-buruk nama ialah bila kamu
digelar fasiq setelah kamu beriman asalnya.
Daripada beriman jadi fasiq, itulah seburuk-buruk nama.
Jadi, jangan bila kita dah beriman kita masuk dalam
kumpulan yang fasiq bila kita buat benda-benda yang dilarang.
Sekarang kita tengok ramai orang bercakap tentang agama
tapi tidak ada akhlak ini, tidak ada akhlak Al-Quran. Apa puncanya?
Sebab mereka tak belajar Al-Quran. Kalau mereka belajar
Al-Quran, mereka akan berakhlak Al-Quran.
Kemudian Allah kata,
وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ
Siapa yang buat dosa ini tapi dia tak bertaubat, itulah
orang yang zalim.
Fasiq dan zalim. Suka memperlekeh dan menghina orang.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (6011) &
Muslim (2586), daripada An-Nukman bin Basyir radhiyallahu'anhuma, sesungguhnya
Nabi ﷺ
bersadba:
مثلُ المؤمنين في تَوادِّهم ، وتَرَاحُمِهِم ، وتعاطُفِهِمْ .
مثلُ الجسَدِ
Maksudnya: Perumpamaan orang mukmin dalam sikap saling mencintai, dan dalam rahmat sesama mereka dan kasihan belas sesama mereka, seperti badan,
إذا اشتكَى منْهُ عضوٌ تدَاعَى لَهُ سائِرُ الجسَدِ بالسَّهَرِ
والْحُمَّى
Apabila mengadu daripadanya satu anggota badan (tangan sakit contohnya), maka seluruh badan akan rasa sakit.
Bila kita rasa sakit lutut, adakah kita rasa sakit di lutut
saja? Kepala sakit tak?
Maka begitu juga bila orang Islam ada kelemahan ada
kekurangan, dia adalah kita. Jangan kutuk dia. Patut kita rasa sakit juga dan
patut kita rawat penyakit tersebut. Bukan menambahkan.
Orang yang tak tadabbur ayat ini, buat dosa dan tak
bertaubat, dia kekal dalam dosa dan zalim.
Lagi teruk, bila dia kutuk orang, dosa dia melibatkan
orang. Kalau dia tulis kat Facebook, follower dia ramai 100k. 100k tu baca dan
100k itu percaya, bila dia nak minta maaf, dia kena bagi tau kepada semua yang
100k tu dan kena minta maaf pada orang yang dia kutuk.
Bukan senang.
Sebab itulah bila manusia dah lepas titian sirat, ada satu
tempat yang Allah akan bersihkan dosa dia dengan orang iaitu qantharah.
Bila dah lepas, Allah kata padanya, berhenti. Siapa-siapa
yang ada hutang dengan kawan ni, tuntut sekarang. Yang kena cela, kena kutuk,
yang kena umpat, tuntut balik.
Suasana yang menakutkan.
Sebab itu kita dengan orang, sesama Islam khususnya, jaga
mulut. Kita buat dosa dengan Allah, sangat mudah nak minta ampun sebab Allah
Maha Pengampun. Bila-bila masa, di mana-mana.
Tapi kalau kita buat dosa dengan orang dan orang tu dah
hilang, dah bermusafir, dah berhijrah, kita nak cari kat mana? Dah mati kan?
Habis.
Daripada Tafsir al-Sa'adi, Syeikh Sa'adi berkata tentang
ayat ini:
"Daripada hak-hak orang beriman ke atas orang beriman
yang lain iaitu لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٞ مِّن قَوۡمٍ - Janganlah sesuatu kaum
memperlekehkan kaum yang lain sama ada dengan perkataan dan perbuatan yang
menunjukkan kita menghina orang."
Cara kita, tak nak bergaul dengan orang. Itupun perbuatan
menghina orang.
"Cara itu adalah haram dan tak boleh dilakukan dan
perbuatan ini menunjukkan dia kagum dengan dirinya sendiri."
Penyakit kan? Penyakit apa tu?
SS - Syok Sendiri.
Bila dia kutuk orang je, dia ada penyakit. Aku lebih baik
daripada dia. Automatik.
"Kamu tak banyak ilmu."
Sebenarnya dia nak bagi tau, aku lebih banyak ilmu daripada
kamu.
Perangai siapa yang suka anggap dia lebih baik daripada
orang?
Perangai iblis.
Bila Allah suruh sujud kepada Nabi Adam a.s., Iblis kata,
"Aku lebih baik daripada kamu."
Ayat aku lebih baik adalah ayat Iblis. Kadang-kadang bukan
dengan ayat tapi dengan perasaan.
Kata Syeikh Sa'adi lagi:
"Kadang-kadang orang yang kita perlekeh lebih baik
daripada orang yang memperlekehkan."
Contohnya, orang musyrikin memperlekehkan Nabi ﷺ. Tapi
siapa yang lebih baik sebenarnya?
Nabi Muhammad ﷺ.
Nabi Muhammad ﷺ yang
lebih baik pernah tak perlekeh orang musyrikin?
Tak pernah.
Pengajarannya, orang yang terbaik dia tak perlekeh orang.
Bila dia perlekeh orang, dia tak jadi terbaik.
Kata Syeikh Sa'adi:
"Sesungguhnya memperlekehkan orang tidak akan berlaku
kecuali daripada hati orang yang buruk akhlaknya."
Cakap kat masjid pun kadang-kadang memperlekeh orang,
mengutuk orang. Itu adalah orang yang berakhlak buruk.
"Iaitu daripada orang yang memiliki akhlak
tercela."
Dalam sebuah hadis Nabi ﷺ bersabda:
بحَسْبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أنْ يَحْقِرَ أخاهُ المُسْلِمَ.
Maksudnya, "Cukuplah seseorang itu menjadi jahat dengan dia menghina saudaranya yang Islam."
Hadis sahih riwayat al-Bukhari (6604) dan Muslim (2564).
Tak payah merompak, tak payah mengumpat, tak payah apa-apa.
Dia menghina orang dah dianggap sebagai jahat.
Berapa ramai yang suka menghina orang. Nabi ﷺ kata,
dia sebenarnya adalah orang yang jahat. YANG MENGHINA ITULAH ORANG YANG JAHAT.
Wallahu a'lam.
.
#UstazAbdMueinAbdRahman
#TadabburSurahSaba'
#GhulamAlDakwah
#MelahirkanDuatMenyebarkanIslam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.