Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula febuari 2021 lalu dimana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menerima suntikan vaksin kumpulan pertama, menjadi rakyat pertama negara ini yang menerima suntikan vaksinasi. Ia menjadi teladan dan galakan kepada rakyat supaya tampil secara sukarela menyokong program penerimaan suntikan vaksinasi ini.
SILA KLIK - PANDUAN MENDAFTAR UNTUK VAKSINASI |
COVID-19 adalah penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang
disebabkan jangkitan koronavirus. Virus ini boleh
menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan yang boleh menyebabkan gejala
daripada selsema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.
Penggunaan vaksin COVID-19 adalah antara langkah-langkah yang diambil untuk menghentikan pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, pematuhan SOP dan amalan norma baharu seperti penjagaan kebersihan, memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal masih perlu diamalkan sehingga penduduk menerima vaksin seramai mungkin.
Buat masa ini, pengambilan vaksin COVID-19 adalah secara
sukarela, tetapi sangat digalakkan bagi membolehkan sasaran pembentukan imuniti
kelompok dapat dicapai. Lazimnya, imuniti kelompok dicapai apabila virus tidak lagi dapat mencari pembawa lain untuk menularkan jangkitan.
Vaksin COVID-19 merangsang sistem imun untuk bertindak balas terhadap jangkitan COVID-19. Semua vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk digunakan di Malaysia. Ianya adalah selamat dan berkesan dan diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia.
Dalam usaha menggalakkan rakyat terbabit dalam program imunisasi ini, aplikasi MySejahtera boleh digunakan untuk pendaftaran vaksinasi. Sekiranya anda belum mendaftar, daftarlah sekarang untuk lindungi diri dan yang tersayang. Anda disarankan memuat turun aplikasi MySejahtera kerana mereka yang dipilih untuk vaksinasi akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan rekod vaksin yang diterima juga akan dimasukkan ke aplikasi MySejahtera anda supaya proses vaksinasi akan dijalankan dengan lebih lancar.
Terdapat 4
kaedah untuk mendaftar iaitu melalui:
- https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/
- Talian hotline 1800-888-828
- Di Klinik Kesihatan dan hospital kerajaan
- Menerusi program bantuan (outreach) bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Setelah mendaftar, Temu janji akan diberikan secara berperingkat selaras dengan fasa yang telah dikenalpasti bagi seseorang individu. Proses temu janji dilakukan apabila anda telah menjawab soalan saringan melalui aplikasi MySejahtera. Melalui proses tersebut pengesahan dibuat dalam menentukan kelayakan anda untuk menerima vaksin. Temu janji akan diatur mengikut fasa berdasarkan kategori yg ditetapkan. Penerima akan diberi temujanji melalui aplikasi MySejahtera.
Sebenarnya, KKM dan pengeluar vaksin telah memberi maklumat jelas mengenai kesan sampingan dan sesetengah individu tidak layak menerima vaksin COVID-19 kerana risiko penyakit mereka. Kesan sampingan vaksin COVID-19 adalah ringan dan bersifat sementara. Kesan sampingan adalah seperti sakit/bengkak/kemerahan di tempat suntikan penat sakit kepala, menggigil, sakit sendi, demam, loya dan rasa tidak sihat.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19…dan anda mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, penyakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati, tahap imuniti yang rendah, penyakit asma, kanser, penyakit paru-paru kronik, strok atau obesiti. Anda dinasihatkan mendapat nasihat daripada pegawai perubatan terlebih dahulu.
Ramai yang tidak mematuhi SOP dengan memberi pelbagai alasan untuk melepaskan diri dan ini sebenarnya tindakan bodoh dan menipu diri sendiri. Selagi amalan ini terus dilakukan, penularan virus ini pasti sukar dibendung. Situasi ini tentunya menyebabkan keluarga anda dan juga rakyat negara kita akan terdedah dengan risiko yang semakin besar. Adalah diingatkan, jangan sia-siakan usaha ‘frontliner’ berhempas pulas membanterasnya.
Ayuh bersama kita menghadapinya dengan mengamalkan norma baharu mengikuti SOP yang ditetapkan. Jadikan norma baharu ini sebahagian dari budaya kita iaitu dengan mematuhi arahan SOP. Pematuhan arahan SOP dapat mencegah daripada ancaman virus COVID-19 yang sangat ganas dan menakutkan. Tugas menangani Covid-19 bukannya terletak pada kerajaan semata-mata. Ia adalah tanggungjawab kita semua.
Alhamdulillah dan tahniah buat warga Mukim Padang Enggang yang menyahut seruan kerajaan secara sukarela menyokong penoh Program Imunisasi COVID-19, Lindung Diri, Lindung Semua.
http://imarah.blogspot.com/2021/06/i-just- got-my-second-covid-19-vaccine.html |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.