disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 18 Ogos 2021

Doa Agar Dikurniakan Perdana Menteri Yang Baik Lagi Muslih.

Proses pemilihan perdana menteri kesembilan bermula hari ini apabila Yang di-Pertuan Agong mula memanggil ketua-ketua parti politik menghadap baginda di Istana Negara. Ia berikutan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas tidak lagi memperoleh sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Dua ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perikatan Nasional) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pakatan Harapan), masing-masing berpeluang cerah untuk mendapat kepercayaan Ahli Dewan Rakyat bagi menjadi Perdana Menteri kesembilan. Perdana Menteri yang dipilih nanti bertanggungjawab memastikan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan terpelihara, keistimewaan kaum bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa dipertahankan. 

Di dalam konteks negara kita Malaysia, kita mahukan pemimpin yang serius memartabatkan Islam supaya terus kukuh sebagai cara hidup di tanah air ini bukannya pemimpin yang mengorbankan Islam demi meraih sokongan walaupun terpaksa bertolak-ansur dengan beberapa prinsip asas dalam Islam.

Dalam Islam, kekuatan keimanan dan keyakinan terhadap Allah SWT adalah aspek penting, untuk melengkapkan kekuatan apabila diuji dengan pelbagai cabaran dari masa kesemasa.

Islam adalah agama yang memandang bahawa pemilihan, pelantikan serta ketaatan terhadap pemimpin merupakan suatu kewajipan bagi umat Islam. Pemimpin yang baik tidak mudah berputus asas atau cepat mengalah kerana yakin Allah SWT sentiasa bersamanya.

Seseorang pemimpin yang baik mempunyai wawasan jauh ke hadapan. Mereka perlu mempunyai personalitI hebat dan dipandang oleh masyarakat sekeliling sebagai seorang yang mempunyai nilai-nilai kepemimpinan serta integriti yang diyakini.

 

اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا

اللَّهُمَّ مَنْ أَرَادَ بِبِلادِنَا خَيْراً فَارْزُقْنَا خَيْرَهُ

وَمَنْ أَرَادَ بِبِلادِنَا شَرّاً فَاكْفِنَا شَرَّهُ

Ya Allah, lantiklah untuk urusan kami orang yang terbaik dalam kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang yang terburuk dalam kalangan kami. 

Ya Allah, sesiapa yang menginginkan kebaikan buat negara kami, maka kurniakanlah kami kebaikannya dan sesiapa yang menginginkan keburukan buat negara kami, maka hindarilah kami kejahatannya.

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.