disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 20 Ogos 2021

Tahniah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Diatas Lantikkan Sebagai Perdana Menteri Ke-9.

Tahniah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. Semoga amanah ini digalas dengan penuh berintegriti dan bertanggungjawab.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Pelantikan Dato Seri Ismail Sabri, 61, dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bermula jam 2.30 petang di Istana Negara, hari ini. 

Istana Negara telah menerima surat akuan bersumpah (SD) daripada 220 ahli Parlimen berhubung calon perdana menteri pilihan mereka. 114 daripada surat akuan bersumpah yang diterima menunjukkan sokongan kepada Dato’ Sri Ismail Sabri.

Istiadat  mengangkat/menandatangani sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri akan diadakan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 2.30 petang, di lstana Negara.

_______________________________


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima Surat Cara Pelantikan Perdana Menteri Kesembilan daripada Yang di-Pertuan Agong.


Video Datuk Seri Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-9:

Kredit: KiniTV

Dikemaskini pada 21 Ogos 2021.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.