Pengumuman paling dinanti-nanti berhubung pembentukan barisan Kabinet baharu Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Rakyat Malaysia menaruh harapan yang cukup besar kepada Kabinet baharu ini terutama pada ketika mereka sedang bergelut dengan penularan pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi yang sangat mencabar.
Politiking yang tidak berkesudahan ini hendaklah dihentikan dan beri tumpuan untuk membina balik keharmonian negara, bersatu hati mendepani pandemic covid-19. Berikan sokongan dan cadangan yang bernas dan bukannya saling bermusuhan dan mencari kesalahan.
Semoga semua Ahli Dewan Rakyat dapat mengetepikan agenda politik masing-masing sehingga PRU15 dengan bersatu hati bersepakat dan berusaha menangani pandemik COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara.
Kredit: Astro AWANI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.