disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 9 Ogos 2021

Selamat Tahun Baru Hijrah 1 Muharram 1443 (10hb Ogos 2021)


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram sebagai bulan memperingati hijrah Rasulullah SAW dan perjuangan Baginda yang diselusuri sepanjang kehidupannya sebagai utusan Allah SWT. Baginda tidak pernah menyerah kalah atau berputus asa dalam usaha dakwah Baginda, walaupun banyak cabaran dan tentangan diberi oleh kaum Quraisy. Hijrah menunjukkan betapa tabah dan kuatnya Rasul kita bertahan demi menyebarkan Islam.

Munculnya 1 Muharam 1443 Hijrah pada waktu maghrib nanti menandakan setahun masa telah berlalu, dan setahun jugalah meningkatnya usia kita. Tinggal lagi, apakah yang telah kita lakukan sepanjang tahun 1442 Hijrah:

  1. Adakah kita berusaha menjadi seorang Muslim yang lebih baik?
  2. Apakah yang kita lakukan pada hari-hari yang telah berlalu?
  3. Adakah kita menyedari bahawa bahawa semakin usia kita meningkat, semakin hampir kita dengan kematian?
  4. Adakah kita sedar bahawa hari bertukar bulan dan bulan bertukar menjadi tahun kita semakin hampir dengan hari terakhir kehidupan kita di dunia?
  5. Adakah kita bersedia untuk menghadapi hari terakhir kita di bumi?

Justeru itu marilah kita sama-sama mencari keberkatan dan keredhaan Allah SWT dalam bulan yang mulia ini dengan meninggalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Islam secara istiqomah atau berterusan. 

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati umat Islam di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.