السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sekiranya ada rakan
atau jiran tetangga dijangkiti COVID-19 di kawasan tempat tinggal kita,
diangkut untuk dibawa dengan ambulan ke tempat kuarantin/pusat rawatan, Janganlah
pula kita yang memgambil gambar atau video untuk disebarkan ke grup whatshap.
Hormati privasi jiran kita, jangan sebar aib dan malukan mereka. Mereka
dikuarantin/dirawat sebab dijangkiti virus covid-19 dan mereka bukannya penjenayah.
Apa yang perlu kita lakukan berdoa untuk kesembuhan mereka.
Ucapkan supaya mereka selamat dan cepat sembuh. Berikan mereka semangat
menempuh dugaan dengan sabar dan selalu mengingati Allah.
Jangan tambahkan lagi stress mereka akibat kehilangan
sumber pendapatan untuk menyara keluarga sepanjang tempoh menjalani rawatan di hospital akibat COVID-19.
Bantulah mereka menangani masaalah dengan menghulurkan sedikit bantuan kewangan atau makanan sekadar kemampuan untuk mereka terus bersemangat menghadapi cabaran hidup ❤❤️.
️
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.