السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bermula hari ini rakyat Malaysia bebas untuk merentas negeri termasuk ke luar negara. Berita gembira itu diumumkan selepas kadar vaksinasi lengkap Covid-19 bagi populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melepasi 90 peratus.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
pada sidang media khas kelmarin memaklumkan kerajaan bersetuju membenarkan
individu yang sudah lengkap divaksinasi melakukan pergerakan rentas
negeri berkuatkuasa 11 Oktober 2021:
Sebagai rakyat Malaysia kita tidak boleh pentingkan diri sendiri, jangan pula kita bersikap sambil lewa dengan kelonggaran ini. Kepatuhan terhadap SOP sediada yang masih perlu diamalkan. Kegagalan mematuhi SOP untuk menangani COVID19 ini boleh memungkinkan lengkuk pandermik kembali meningkat.
Usaha pemberian vaksin oleh kerajaan terus diperhebat sebagai persediaan memasuki fasa endemik. Fasa endemik yang hampir menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini tetap bergantung kepada sejauh mana rakyat membiasakan diri dengan norma baharu dan sentiasa akur kepada SOP.
Justeru itu peralihan fasa pandemik kepada fasa endemik nanti tentunya dapat membuktikan keberkesanan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang memberi tumpuan kepada usaha mengembalikan persekitaran sosial dan ekonomi negara kepada keadaan asal sebelum Covid-19 melanda dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.