disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 22 Ogos 2022

KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (TARIKH TUTUP : 4 SEPTEMBER 2022)

 

*** Borang permohonan boleh didapati di Aras 2, Bahagian Agama, MAIK atau KLIK SINI untuk muat turun dan borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat sebagaimana berikut: 

ALAMAT PERMOHONAN: 

Timbalan Yang Dipertua,

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,

Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,

15200 KOTA BHARU. 

(u.p: Bahagian Agama)

 

TARIKH TUTUP PADA ATAU SEBELUM: 4 SEPTEMBER 2022 BERSAMAAN 2 SAFAR 1444H 

SYARAT-SYARAT JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM

 

1. IMAM TUA/IMAM MUDA 

i. Syarat kelayakan;

- Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.

- Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 70 tahun mengikut kad pengenalan pada tarikh iklan dikeluarkan.

- Mempunyai pengetahuan agama yang baik.

- Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;

- Warganegara Malaysia.

- Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;

- Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah

- Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.

- Keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai Sijil Tahfiz Al-Quran daripada Pusat Tahfiz Al-Quran.

- Bagi pemohon yang berkhidmat sebagai Penjawat Awam hendaklah mendapat pelepasan daripada MAJIKAN.

* Pengecualian daripada ujian Tahriri (bertulis) akan dikecualikan kepada pemohon-pemohon yang mempunyai kelayakan berikut;

- Sijil IV Thanawi atau Sijil Menengah Ugama atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau mana-mana sijil agama yang setaraf dengannya.

- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan Quran Dan Sunnah dan lulus Bahasa Arab.

ii Taraf Jawatan: Berelaun (disambung perkhidmatan setiap 2 tahun berdasarkan laporan prestasi perkhidmatan)

iii Elaun Bulanan :

- RM1,850.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Katogeri “A”)

- RM1,550.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Besar)

- RM1,150.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Kecil - Sub Mukim)

- RM1,350.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Katogeri “A”)

- RM1,150.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Besar)

- RM1,000.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Kecil - Sub Mukim)


2. BILAL 

i. Syarat kelayakan;

- Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.

- Mempunyai pengetahuan agama yang baik.

- Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;

- Warganegara Malaysia

- Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;

- Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah

- Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.

- Pemohon jawatan Bilal tidak disyaratkan mempunyai sijil dan akan memasuki ujian safawi (lisan)

ii Taraf Jawatan : Berelaun

iii Elaun Bulanan :

RM800.00(Masjid Mukim Kategori ”A”)

RM700.00(Masjid Mukim Besar)

RM700.00(Masjid Mukim Kecil - Sub Mukim)


Sumber: https://www.e-maik.my/v2/index.php/arkib/jawatan-kosong/pnm-ogos-2022

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.