Manusia yang paling bijaksana adalah mereka yg mengingati pengakhiran hidupnya serta membuat persediaan untuknya. Dunia ini diibarat premis sewa, apa saja yang kamu lakukan (pengubahsuaian) padanya, suatu hari nanti kamu tetap akan tinggalkannya. Akhirat pula diibarat premis milik sendiri, sekarang binaannya terletak di tangan kamu, maka perelokkanlah binaannya...
Oleh itu carilah pahala untuk negeri akhirat dengan rezeki yang di kurniakan Allah kepada kita, sebab kehidupan ini hanya sementara dan kehidupan akhirat itu yang kekal abadi. Berbuat baiklah kepada orang lain dengan berakhlak yang baik, bertutur kata yang baik, berlapang dada dan berbelas kasihan kepada semua manusia lebih-lebih lagi kepada golongan fakir miskin dan anak-anak yatim.
Mudah-mudahan dengan semua itu, kita akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.