disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 2 September 2022

PEDULI INSAN - TABUNG KECEMASAN PAKISTAN.

Rakyat Pakistan kini sedang bertarung dengan banjir monsun terbesar yang terburuk dalam sejarah Pakistan. Bencana itu melanda ketika Pakistan berdepan dengan kegawatan ekonomi.

Puluhan juta penduduk terjejas apabila hujan monsun berterusan sejak Jun lalu mengakibatkan banjir yang menenggelami satu per tiga daripada Pakistan.

Pakistan juga telah mengisytiharkan darurat selepas lebih 30 juta penduduk terjejas akibat bencana itu sejak beberapa minggu lalu yang telah meragut lebih 1,100 nyawa, memusnahkan banyak tanaman dan merosak atau memusnahkan lebih sejuta kediaman.

Perdana Menteri, Shahbaz Sharif merayu masyarakat antarabangsa membantu bagi menyelamatkan nyawa penduduk terperangkap dan menyediakan kawasan perlindungan serta bekalan makanan yang mencukupi.

 


Sumber: https://www.buletintv3.my/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.