Ramai diantara kita yang lupa dan lalai untuk bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT. Sememangnya kita tidak akan mampu untuk menghitung segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Nikmat itu sangat banyak dan pelbagai bentuk. Setiap detik kehidupan yang kita lalui, kita tidak akan terlepas daripada kurniaan nikmat pemberian Allah SWT.
Justeru itu, setiap muslim harus bersyukur dan meyakini kurniaan dari Allah SWT sebagaimana dijelaskan dalam Surah Ibrahim ayat 7:
وَاِذْ تَاَذَّنَ رَبُّكُمْ لَىِٕنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِيْدَنَّكُمْ
وَلَىِٕنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
Amalkan doa ini, semoga kita diselamatkan dan dilindungi Allah SWT dari segala jenis musibah yang berat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.