disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 28 November 2022

Doa Hari Ini.

Doa Hari Isnin

03 Jamadil'awal 1444       

28hb.Nov.2022


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semuga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan Rahmat, taufiq dan hidayahnya dibaki usia yg.  ada...... Alhamdulillah..bersyukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan menikmati kehidupan di Alam dunia ini lagi....

 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَال ْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

 

Ya اَللّهُ  Kami  memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang banyak dan yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa ya ng mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesevjahteraan di  dunia dan akhirat....

 

 Ya اَللّهُ ... Ya Ghaffar...!

Ampunkanlah dosa-dosa kami.... Dosa kedua ibu bapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat-sahabat kami, jiran² kami serta sekalian muslimin muslimat di mana sahaja samada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

 

Ya Allah Ya Tuhan kami... Matikanlah kami dalam Husnul Khatimah jangan Engkau matikan kami dalaam Suu'ul Khotimah..

 

Ya Allah, Engkau tunaikan dan makbulkanlah cita - cita dan permintaan yang baik² dari kami, dari keluarga kami, dari rakan² kami  dan dari orang² Islam kerana Engkaulah tempat meminta segala  permintaan.

 

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ    وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَم

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.