Program Menu Rahmah merupakan insiatif digerakkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Orang ramai yang terdiri daripada golongan B40 kini boleh menikmati makanan tengah hari dan malam masing-masing pada harga RM5 di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara mulai hari ini.
Menu Rahmah adalah hidangan seimbang merangkumi nasi, ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan untuk membantu golongan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini. Selain Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Pakej Harga Barang Rahmah dan Kafe Rahmah akan dilaksanakan KPDN selewat-lewatnya pada akhir Mac ini.
Kredit: BERNAMA.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.